awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elemen seksual, politik punca Remy tarik diri

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2013
05:56 MYT
Elemen seksual, politik punca Remy tarik diri
Pelakon Remy Ishak membuat keputusan mengejut apabila menarik diri daripada membintangi teater M.Butterfly yang akan mula dipentaskan pada 11 April ini.
Remy (31 tahun) memaklumkan kepada pihak produksi bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk beliau membawa salah satu watak dalam nashkah M.BUTTERFLY yang memaparkan elemen seksual dan politik.
Pementasan teater arahan Mislina Mustaffa itu bakal berlangsung sehingga 14 April di Blackbox, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.
Peranan yang dibawakan oleh Remy Ishak akan dipikul oleh Benjy. Benjy (35 tahun) mula berkecimpung dalam dunia lakonan seawal usia satu tahun. Beliau muncul buat pertama kali dalam drama hitam putih, Lembayung Petang.
Sejak itu, Benjy membintangi banyak drama televisyen, siri komedi, filem dan pementasan teater. Antaranya ialah Perempuan, Kembali, Baginda, Kampungku, Buddies, Hanya Untukmu, Charlie’s Aunty, Spilt Gravy on Rice dan Kerana Cintaku Saerah (Jibek).
Benjy pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin untuk lakonannya dalam drama Kembali dan Hanya Untukmu. Kemenangannya dalam Kembali mencatatkan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana ibu (biduanita Azean Irdawaty) dan anak dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dalam drama yang sama. Beliau juga pemenang termuda dalam kategori itu.
Pementasan M.BUTTERFLY karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon/pengarah teater dan filem. M.BUTTERFLY yang bakal dipentaskan ini merupakan teater yang dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Pementasan produksi Rumah Anak Teater (RAT Production) ini mendapat geran pengurangan kos produksi kelolaan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan menjadi sebahagian daripada MAP Festival yang berlangsung 23Mac-21 April di PUBLIKA, Sloaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#m.butterfly
#Remy Ishak
#teater
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan