awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan lakon watak ranjang, Salma Hayek dakwa Weinstein ugut bunuh

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2017
01:56 MYT
Enggan lakon watak ranjang, Salma Hayek dakwa Weinstein ugut bunuh
Salma Hayek (gambar) mendakwa, Harvey Weinstein sengaja melengah-lengahkan penerbitan filem tersebut kerana rasa tidak puas hati terhadapnya. - Gambar fail
Pelakon terkenal Hollywood, Salma Hayek pernah menerima ugutan bunuh dari Harvey Weinstein kerana tidak mahu mengikut kehendak penerbit filem itu, yang juga pengasas syarikat penerbitan filem, Miramax.
Hayek turut mendakwa, Weinstein pernah beberapa kali melakukan salah laku seks terhadapnya ketika bernaung sebagai pelakon di bawah Miramax sekitar tahun 1990-an.
Jelas Hayek kemuncak gangguan seks yang diterimanya adalah pada tahun 2002.
"Selama bertahun-tahun saya menganggap dia sebagai 'raksasa' dalam hidup saya.
"Pada 2002, saya memegang watak Frida Kahlo dalam filem 'Frida' dan saya dipaksa berkali-kali oleh Weinstein melakonkan aksi ranjang.
"Saya merasakan waktu itu badan saya seakan menangis kesakitan kerana dipaksa menggayakan aksi seksi dan mengghairahkan.
"Yang saya kesalkan, bukan kerana hendak menjayakan watak 'Frida', tetapi saya kesal saya seolah-olah menyajikan semua itu untuknya," jelas Hayek.
Dakwanya lagi, Weinstein sengaja melengah-lengahkan penerbitan tersebut kerana rasa tidak puas hatinya kepada Hayek.
"Saya adalah pengarah bersama dalam filem tersebut. Mahu tidak mahu, saya inginkan yang terbaik untuk filem itu walaupun dipaksa beraksi seolah-olah di ranjang," tambahnya.
Belum ada sebarang maklum balas diberi pihak Weinstein susulan dakwaan yang didedahkan Hayek itu.
Sebelum ini berpuluh-puluh wanita telah menuduh Weinstein melakukan gangguan seksual hingga ada yang mendedahkan pernah dirogol penerbit filem terkenal itu.
Topic Berkaitan
#filem
#Harvey Weinstein
#Hollywood
#Los Angeles
#miramax
#salma hayek
#seks
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan