Skip to main content

Dunia

Enam terbunuh, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

A man walks at the site of Israeli strike, amid escalating hostilities between Israel and Hezbollah, as the U.S.-Israeli conflict with Iran continues, in Kfar Hatta in southern Lebanon, April 5, 2026. REUTERS/Stringer TPX IMAGES OF THE DAY
Tentera Israel melakukan serangan udara ke atas Kfar Hatta, sebuah bandar berhampiran Sidon di selatan Lubnan, beberapa jam selepas mengeluarkan ancaman serangan. - Foto Reuters

ISTANBUL: Serangan udara Israel ke atas bandar Kfar Hatta di Lubnan dilaporkan telah membunuh enam orang dan mencederakan dua yang lain, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media Lubnan.

Menurut laporan itu, tentera Israel melakukan serangan udara ke atas Kfar Hatta, sebuah bandar berhampiran Sidon di selatan Lubnan, beberapa jam selepas mengeluarkan ancaman serangan.

Advertisement

Laporan itu menyatakan bahawa pasukan tindak balas kecemasan meneruskan usaha mencari mereka yang hilang di bawah runtuhan.

Sementara itu, pesawat pejuang Israel turut melancarkan serangan udara berat sejak tengah malam di kawasan selatan Lubnan iaitu Kfar Dounine, Batouliyeh, Al-Shehabiyeh, Ain Baal, Kafra, Siddiqin, Wadi al-Hujayr, Nabatieh dan Qana.

Jurucakap tentera Israel Avichay Adraee sebelum ini menyiarkan di platform X ancaman serangan ke atas Kfar Hatta kerana Hizbullah didakwa beroperasi di bandar itu.

“Demi keselamatan anda, anda mesti segera mengosongkan rumah anda dan bergerak sekurang-kurangnya 1 kilometer dari kampung itu,” katanya kepada penduduk Kfar Hatta.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video