UBATI rindu peminat! Itu yang dijanjikan kumpulan Exists yang bakal kembali mengadakan konsert berskala mega sempena Konsert Exist Borneo Tour pada Disember ini.

Kata penganjurnya, Pengarah Urusan Menara Network, Datuk Ab Razif Asmuni konsert terbabit bakal diadakan di Sabah dan Sarawak pada 17 dan 30 Disember.

"Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan adalah mampu milik.

“Saya berharap konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists yang selama ini menantikan kehadiran mereka di dua negeri tersebut,” katanya.

Konsert tersebut turut menyaksikan anggota Exists Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa berkongsi pentas sama.

Difahamkan, lebih 20 lagu Exists bakal dibawakan di konsert berkenaan selain beberapa lagu bakal diberi nafas baharu.

Konsert Exists Borneo Tour akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Sarawak dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Tiket dijual pada harga RM77 hingga RM238.

* Artikel asal disiarkan di Gempak