EXO, Girl's Generation, Twice, Seventeen batal aktiviti demi mendiang Jonghyun

Agensi
Disember 21, 2017 02:03 MYT
Bagi memberi tanda penghormatan terakhir buat Jonghyun dan keluarganya, beberapa rakan artis K-Pop membatalkan dan menangguhkan aktiviti promosi mereka. Foto: Yonhap via AP
SUSULAN kematian penyanyi kumpulan SHINee yang mengejutkan ramai peminat muzik Korea, rakan artis turut terkesan dengan pemergian Kim Jong Hyun.
Sebagai tanda penghormatan terakhir buat Jonghyun dan keluarganya, beberapa rakan artis K-Pop sanggup membatalkan dan menangguhkan aktiviti promosi mereka, lapor Channel News Asia.
Antara selebriti yang berbuat demikian adalah kumpulan K-pop terkemuka, EXO di bawah naungan SM Entertainment sama seperti SHINee.
Mereka mengumumkan penangguhan acara pelancaran album yang sepatutnya diadakan pada Khamis kepada 26 Disember.
BACA: "Menjadi popular bukan kehidupanku" - Jonghyun
Manakala kumpulan penyanyi wanita Twice turut mengumumkan akan melancarkan muzik video terbaharu, Merry and Happy satu hari selepas tarikh asal iaitu 23 Disember.
BACA: "Terima kasih kerana respek dan memahami" - Peminat SHINee puji tweet Imran Ajmain
Bukan itu sahaja, kumpulan penyanyi wanita Girl’s Generation juga membatalkan sesi pertemuan bersama peminat yang sepatutnya diadakan pada Selasa.
BACA: 'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh
Selain itu, kumpulan Seventeen tunda penggambaran siri mingguan mereka manakala BTOB pula membatalkan sesi sidang media yang dijadualkan pada Sabtu.
Ribuan peminat seluruh dunia masih bersedih atas kematian Joghyun yang ditemui mati akibat bunuh diri dalam sebuah apartmen di Cheongdam-dong, Gangnam kira-kira 5.10 petang waktu tempatan pada Isnin.
Sebelum membunuh diri, Jonghyun menghantar mesej kepada kakaknya sebagai petanda niatnya untuk mengakhiri hayat.
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada bahan yang dibakar di dalam biliknya.
#BTOB #bunuh #bunuh diri #EXO #Gangnam #Girls Generation #Kim Jong Hyun #Korea #Korea Selatan #Kpop #mati #SEVENTEEN #Shinee #TWICE #video