Aktor popular, Fattah Amin sah bergelar suami kepada aktres Nur Fazura dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan sekitar jam 9.50 malam yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam ini.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan psangan tersebut, menurut satu kenyataan edaran pengurusan Universal Music.

BACA: 'Saya nampak masa depan saya di mata Fattah' - Fazura

BACA: 'Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu' - Fattah

BACA: Fattah, Fazura berangkat menunaikan umrah, minta peminat doakan

BACA: Benar atau tidak, netizen mula ucap tahniah kepada #Fattzura

GALERI FOTO: Fattah Amin dan Fazura umum sudah bertunang!



Minggu lalu, pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka dalam satu sidang media sejurus selepas pulang dari menunaikan umrah.

Astro AWANI mengucapkan tahniah kepada pasagan Fattzura!

BACA: Perfect! Peminat ucap tahniah kepada #Fattzura