awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem animasi Mechamato menang Anime Fan Award di TAAF 2023

Faida Rahim
Faida Rahim
09/02/2023
14:17 MYT
Filem animasi Mechamato menang Anime Fan Award di TAAF 2023
Nizam turut berterima kasih kepada pengundi yang telah menyokong filem ini sekaligus diangkat sebagai filem animasi pertama luar Jepun memenangi anugerah ini. - Twitter @nizamabdrazak
KUALA LUMPUR: Filem animasi terbitan Astro, Mechamato mencipta sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF).
Kemenangan ini menyaksikan Mechamato menewaskan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Berita ini diumumkan menerusi laman rasmi TAAF, petang tadi.
TAAF2023 secara keseluruhan menerima 183,364 undian manakala Mechamato telah mendapat 40,590 undian daripada jumlah tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak meluahkan keterujaan dengan kejayaan Mechamato dan berterima kasih kepada semua yang tanpa henti mengundi animasi tersebut di TAAF 2023.
“Rupanya Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival!,” ciapnya di Twitter.
Dalam pada itu, Nizam turut berterima kasih kepada pengundi yang telah menyokong filem ini sekali gus diangkat sebagai filem animasi pertama luar Jepun memenangi anugerah ini.
Mechamato Movie yang menelan kos membabitkan RM30 juta mengisahkan remaja lelaki, Amato yang menjumpai kapal angkasa penjara yang membawa robot jahat terhempas di bumi.
Satu daripada robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.
Topic Berkaitan
#Nizam Abdul Razak
#Mechamato
#filem animasi
#Tokyo Anime Award Festival 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan