awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal lapor diri, askar Rusia hamil dijatuhi hukuman penjara 6 tahun

Bernama
Bernama
19/09/2023
10:13 MYT
Gagal lapor diri, askar Rusia hamil dijatuhi hukuman penjara 6 tahun
Mahkamah tidak mengendahkan laporan daripada perkhidmatan perubatan unit tenteranya yang mengesyorkan dia diberi pengecualian sementara daripada bertugas. - Gambar hiasan
MOSCOW: Seorang askar Rusia yang sedang hamil dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana gagal melaporkan diri untuk bertugas, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan akhbar Kommersant pada Isnin.
Mahkamah tidak mengendahkan laporan daripada perkhidmatan perubatan unit tenteranya yang mengesyorkan dia diberi pengecualian sementara daripada bertugas.
Mahkamah tentera di bandar selatan Vladikavkaz memutuskan bahawa oleh kerana wanita itu tidak meletak jawatan, dia seharusnya bertanggungjawab kerana tidak hadir bekerja.
Pihak pembelaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Lans koperal itu telah menandatangani kontrak sejak 2016 dan sudah mempunyai seorang anak berusia lima tahun, kata media Rusia, memetik maklumat daripada mahkamah.
Mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga 2032, apabila anaknya meningkat dewasa.
Rusia telah melancarkan perang besar-besaran menentang negara jiran Ukraine selama hampir 19 bulan dan mengalami kerugian besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#askar wanita hamil
#tidak lapor diri
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan