awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2025
09:18 MYT
Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda
Prosiding penceraian membabitkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego ditangguhkan pada 6 Mac depan. - Gambar/ Gempak
KUALA LUMPUR: Prosiding penceraian membabitkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego ditangguhkan pada 6 Mac depan.
Ia susulan ketidakhadiran Beego ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Peguam syarie mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, ketika prosiding pertama hari ini, pihak mahkamah memaklumkan penyerahan notis sudah dibuat, namun ia tidak sempurna.
“Anak guam saya sudah mengemukakan tuntutan cerai pada 17 Januari dan hari ini sepatutnya sebutan pertama kes.
“Bagaimanapun pihak mahkamah memaklumkan serahan notis sudah dibat tetapi tidak sempurna, mungkin tidak dapat berhubung atau berjumpa defendan (Beego).
“Jadi pihak mahkamah menyerahkan kepada peguam plaintif iaitu kami untuk menghantar sendiri notis kepada defendan,” katanya ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pada masa sama, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berlapang dada berdepan dengan penangguhan itu, namun berharap urusannya dilancarkan.
“Kita cuma merancang walaupun tidak dapat seperti diharapkan.
“Saya harap proses berjalan dengan baik dan dapat segera diselesaikan,” ujar Linda.
Terdahulu Beego yang juga bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan terkejut dan tidak tahu mengenai prosiding sebutan pertama kes perceraian bersama isterinya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Linda Hashim
#Beego
#penceraian
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan