Kegilaan peminat K-Pop terhadap lagu "Gangnam Style" nampaknya masih belum reda.

Di Kuala Lumpur sendiri, pertandingan "I Am Gangnam Style" mengumpulkan 6 kumpulan untuk beradu sesama sendiri.

Di Zouk Club, pertandingan itu menghimpunkan peminat muzik K-Pop dari pelbagai peringkat usia.

Dari sekecil 6 tahun sehinggalah remaja berusia 21 tahun, mereka bersungguh-sungguh merebut hadiah utama RM5,000.

Selain menari Gangnam, mereka turut menunjukkan bakat dalam tarian K-Pop lain.

Kumpulan Mickey and Friends muncul juara menerusi versi Oppa Gangnam yang unik di mana elemen tarian tanglong turut diselitkan.

Pertandingan ini dibawakan jenama makanan ringan Jacker Potato Crisps.