awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
RTG gembira dengan penyertaan Sze Fei-Nur Izzuddin - Stuart
MALAYSIA
MSPO-ASSC buat MoU untuk pacu permintaan minyak sawit mampan di Jepun
MALAYSIA
Semakan Cukai SST: Beri subsidi bersasar dua peringkat kepada B40, M40 - MATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

'Saya akan pertahankan keluarga' - Fikry Ibrahim buka mulut isu kemelut rumah tangga

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2025
06:30 MYT
'Saya akan pertahankan keluarga' - Fikry Ibrahim buka mulut isu kemelut rumah tangga
Fikry dengan tenang menegaskan tidak akan lari daripada masalah yang dihadapi.
SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya bersama isteri, Siti Khalizah Alizan selepas tular berita prosiding perceraian mereka yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Fikry Ibrahim tampil menjelaskan isu rumah tangganya selepas berita prosiding perceraian dengan isterinya, Siti Khalizah Alizan, tular di media sosial.
  • Fikry menafikan dakwaan mencipta publisiti murahan dan menyatakan komitmennya untuk mempertahankan keluarga, walaupun tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding yang ditangguhkan ke 10 September.
  • Perkongsian Khalizah di Instagram mencetuskan spekulasi kemungkinan mereka mempertimbangkan peluang kedua, dengan ramai netizen mendoakan agar hubungan mereka dapat diselamatkan.

Meskipun namanya menjadi sebutan di media sosial sejak pagi, Fikry tetap profesional menggalas tugas sebagai pengacara program hiburan Melodi dan dilihat tenang sewaktu bersiaran secara langsung malam tadi.
Menerusi kenyataan ketika bersiaran langsung dalam program tersebut, Fikry menafikan segala spekulasi bahawa dia sengaja mencipta publisiti murahan dan menyatakan kesediaan untuk berdepan isu yang sedang melanda rumah tangganya.
“Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik.
"Saya akan pertahankan keluarga selagi mana mampu,” katanya seolah memberi bayangan bahawa hubungan mereka masih belum berakhir sepenuhnya.
Terdahulu, isterinya hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian yang difailkan pada Mei lalu atas alasan tiada persefahaman. Namun, Fikry tidak hadir pada prosiding tersebut.
Difahamkan, kes tersebut ditangguhkan ke 10 September depan bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak menyelesaikan masalah yang dihadapi dan berkemungkinan untuk berdamai.
Dalam pada itu, tumpuan juga terarah kepada perkongsian Khalizah di Instagram yang turut mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik foto berserta kapsyen ringkas tetapi cukup bermakna.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami @fikryibrahim,” tulisnya, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat adakah pasangan ini sedang mempertimbangkan peluang kedua dalam hubungan mereka.
Perkongsian tersebut dihujani pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata mendoakan agar rumah tangga pasangan itu dapat diselamatkan.
Sebelum ini, Fikry dan Khalizah yang berkahwin pada 12 Februari lalu dilihat sebagai pasangan yang cukup low-profile dan jarang berkongsi kehidupan peribadi mereka di media sosial. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fikry Ibrahim
#kes penceraian
#kes mahkamah
#pelakon bercerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami