awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat

Gempak
Gempak
22/05/2023
09:04 MYT
Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat
Menurut Black, disebabkan fitnah berkenaan dia berhadapan dengan banyak masalah termasuk masalah kesihatan mental. - Gempak
PENYANYI Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau pengubahan wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.
Menurut Black, meskipun tuduhan itu tidak menyebabkannya mengalami kerugian dalam perniagaan, namun dia telah kehilangan kepercayaan oleh orang terdekat.
"Kesan daripada tuduhan jahat ini mahal. Saya tidak mengalami kerugian dalam perniagaan kerana isu ini.
"Cuma saya kehilangan kepercayaan oleh orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.
"Dari seorang yang mereka sangkakan saya transparent dan jujur, terpaksalah menghabiskan minggu ini dengan menjawab beratus panggilan telefon, beribu mesej Whatsapp hanya untuk menjelaskan perkara sebenar," luahnya.
Penyanyi lagu Hanyut itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik video tentang sedikit sedutan penjelasannya yang turut dimuat naik di laman Telegram.
Katanya, disebabkan fitnah berkenaan dia berhadapan dengan banyak masalah termasuk masalah kesihatan mental.
"Disebabkan fitnah itu, banyak masalah yang berlaku termasuk saya mengalami anxiety yang teruk sehingga saya terpaksa berjumpa dengan doktor pakar.
"Memang benar saya ada villa dan yatch di Langkawi...Sebenarnya Melayu sahaja yang suka tengok orang Melayu jatuh...tidak semua, tetapi segelintir," katanya dalam video berkenaan.
Difahamkan penjelasan penuh itu dimuat naik di aplikasi Telegram khas buat peminat mengenalinya lebih dekat.
"Full video di Telegram channel. Link disediakan di Bio. To all my fans, ini adalah proses untuk kenal Black dengan lebih rapat," ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa pelantun lagu Teman Pengganti itu memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi.
Dakwaan tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk membeli aset itu sehingga tercetus spekulasi dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.
View this post on Instagram
A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)
Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Black Hanifah
#cuci duit
#kapal mewah
#hilang kepercayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan