awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara panggil Ronaldo 'dear', peminat pula mahu bermanja dengan Siti

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/10/2015
00:41 MYT
Gara-gara panggil Ronaldo 'dear', peminat pula mahu bermanja dengan Siti
Semuanya bermula apabila Ronaldo memuat naik gambar dan status yang dia akan menaiki pesawat dan Siti membuat komen "Safe flight, dear". - Foto Bernama
Apa sahaja yang membabitkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pasti akan menarik perhatian ramai.
Justeru apabila ada yang memviralkan ucapan Siti kepada pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, peminat mula menjadikannya bahan untuk mengusik Siti.
Masakan tidak, Siti penyanyi popular yang dipuja jutaan peminat, kali ini 'bertukar' posisi sebagai peminat dan menghantar ucapan kepada selebriti yang diminatinya.
Semuanya bermula apabila Ronaldo memuat naik gambar dan status yang dia akan menaiki pesawat.
B dia ✈️✈️✈️✈️
A photo posted by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on
Sep 28, 2015 at 11:50pm PDT
Siti kemudiannya meletakkan komen "Safe flight, dear".
Ia tersebar selepas seorang pengguna Twitter dengan nama Haikal Ramlee, mengusik Siti.
Amboi puan siti. pic.twitter.com/cz55sDiqMV
— Haikal Ramlee (@haikalramlee) September 29, 2015
Haikal dalam status di Twitter memberitahu, dia tidak punya niat apa-apa ketika memuat naik screen capture komen Siti itu.
LOL. Gua saje je screencap dato' siti comment kt cristiano smalam post kt twitter. skali retweet sampai 3.8K daa pic.twitter.com/AJ5QdshOms
— Haikal Ramlee (@haikalramlee) September 30, 2015
Apa yang melucukan, di laman Twitter Siti kini dipenuhi dengan permintaan peminat yang mahu 'bermanja' dengan beliau, gara-gara panggilan dear yang digunakan dalam komen kepada Ronaldo.
Happy birthday dear ...ops! Kang ada yang buat gossip nih...peninggg aaa peninngg aahttps://t.co/xbXT1hFvzR
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Tengok!! Ramaila nak bermanja..happy birthday to u dear & semua yg sambut harini ..love u all ..pakej la yekhttps://t.co/Akz3N3sdaS
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Yelah!! Lupa ..marah nanti 'dear'..happy birthday @AzwanHashim , semoga berjaya dunia dan akhirat ye.cepat2 kawin ye https://t.co/I3mkv0swIM
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Dah! Jangan merepek..tunggu tahun depan https://t.co/o1jbubJvSI
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Lucu perangai korang nih!!anyway..ct sayang korang.. pic.twitter.com/nDHMZOTKqv
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Siti nampaknya tenang sahaja menerima usikan peminat, namun dalam masa yang sama berpendapat ia bukanlah isu besar.
Mari sini !! Saya nak piat telinga 'dear' ..https://t.co/toWkqPinZF
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Banyak lagi cerita yg bermanafaat boleh tulis laa..Kecoh betuii.../p>— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 30, 2015
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan