awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gegar Vaganza 2: Azian tersingkir, enam peserta ke konsert akhir

Gempak
Gempak
07/12/2015
00:53 MYT
Gegar Vaganza 2: Azian tersingkir, enam peserta ke konsert akhir
Enam artis berjaya melayakkan diri ke konsert akhir Gegar Vaganza 2. - Gambar fail
ENAM peserta mara ke pusingan final pertandingan Gegar Vaganza 2 (GV2) selepas Azian Mazwan Sapuwan tersingkir pada konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad. Selepas berjuang selama lapan minggu, Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad Lazim dan Acong mara ke peringkat akhir untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta sebuah single baru terbitan Astro. Nasib tidak menyebelahi Azian setelah tiga minggu berturut-turut berada di kedudukan dua terbawah. Beliau yang mendendangkan lagu nyanyian asal Safura berjudul Sedalam Mana Cintamu tersingkir selepas mendapat markah terendah antara semua peserta yang bertanding. Peserta yang layak bakal berdepan dua tugasan iaitu nyanyian solo dan 'battle' minggu hadapan untuk merebut gelaran juara GV2. GV2 sepatutnya berakhir pada malam ini namun disambung seminggu lagi selepas mendapat sambutan hangat daripada penonton. Pertandingan itu diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang dibarisi Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam selaku juri jemputan pada minggu ini. Astro Gempak kongsikan info kedudukan peserta pada peringkat separuh akhir GV2:
1. Siti Nordiana – 83% 2. Nassier Wahab – 79% 3. Ezad Lazim – 77% 4. Acong Sweet Child – 76.9% 5. Haiza – 74% 6. Farahdhiya – 72% 7. Azian Mazwan Sapuwan (Tersingkir) – 68% Sama-sama kita saksikan konsert akhir GV2 minggu hadapan, yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) serta saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam. Tiket untuk konsert akhir boleh didapati di www.ticketcharge.com.my
Topic Berkaitan
#Azian Mazwan Sapuwan
#Gegar Vaganza 2
#GV2
#konsert akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan