awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gembira Shuib bertemu jodoh, ini pesan bapa arwah Siti Sarah kepada bekas menantu

Gempak
Gempak
29/06/2023
06:17 MYT
Gembira Shuib bertemu jodoh, ini pesan bapa arwah Siti Sarah kepada bekas menantu
Menurut Raissuddin, dia telah menganggap Shuib seperti anaknya sendiri dan berharap pelawak itu dapat memberikan layanan yang baik terhadap isterinya iaitu Watie Hanifiah. -Gempak
BEKAS bapa mentua kepada pelawak Shuib iaitu Raissuddin Hamzah akui gembira dengan perkahwinan menantunya.
Menurut Raissuddin, dia telah menganggap Shuib seperti anaknya sendiri dan berharap pelawak itu dapat memberikan layanan yang baik terhadap isterinya iaitu Watie Hanifiah.
“Tahniah buat Shuib dan Watie, selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke Jannah dan saya mendoakan mereka akan bahagia. Insya-Allah.
“Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara.
“Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus beri keutamaan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Raissuddin juga mendedahkan bahawa Shuib tidak pernah mengabaikannya walaupun arwah Siti Sarah telah meninggal dunia.
“Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib tetap menganggap saya seperti bapanya sendiri. Dia juga mendahulukan saya dalam segala hal.
“Malah masa majlis pernikahannya juga dia minta saya duduk di hadapan untuk menemaninya sebagai saksi," ujarnya.
Terdahulu, Shuib bergelar suami kepada dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada Jumaat.
Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2. -Gempak
Topic Berkaitan
#Shuib
#Raissuddin Hamzah
#bapa mentua
#Watie Hanifiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan