BANGKOK: Gimik penyanyi rap remaja Thailand, Danupha Kanateerakul yang menikmati pulut mangga ketika mengadakan persembahan di festival muzik Coachella, di Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu, mencetuskan fenomena baharu terhadap hidangan popular Thailand itu.
Aksi Danupha telah mencetuskan minat orang ramai dan Jabatan Promosi Kebudayaan Thailand merasakan wajar untuk mempertimbangkan permohonan menyenaraikan juadah pencuci mulut itu sebagai warisan budaya tidak ketara UNESCO.
Ketua Pengarah Jabatan Promosi Kebudayaan, Chai Nakornchai dalam satu kenyataan berkata jabatannya sedang mengumpul maklumat yang perlu untuk mengemukakan permohonan.
Danupha, 19, atau lebih dikenali sebagai Milli, mencuri perhatian dunia apabila menamatkan persembahan di Festival Muzik dan Seni Coachella Valley di Indio, California dengan memakan pulut mangga ketika di atas pentas.
Persembahan beliau juga menjadi trending di Twitter pada Ahad dan sejak itu jualan pulut mangga meningkat mendadak.
Danupha, pernah menjadi tumpuan media pada Julai tahun lepas apabila Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha memfailkan saman fitnah terhadapnya selepas penyanyi itu mengecam tindakan Prayuth dalam menguruskan pandemik COVID-19 yang didakwanya kurang berkesan.
Dia mengaku terhadap pertuduhan itu dan dikenakan denda sebanyak 2,000 baht.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Gimik penyanyi rap, Milli yang menikmati pulut mangga ketika mengadakan persembahan di Amerika Syarikat, mencetuskan fenomena baharu terhadap hidangan popular Thailand itu. - Foto Instagram/@phuckitol

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna oleh peniaga menyumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak peket 1 kilogram. Katanya, minyak bersubsidi itu, yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengharamkan pengguguran kandungan baru baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Fokus Minggu Depan: Lawatan PM ke Turki minggu depan
Jika dilihat dengan keadaan ekonomi negara ketika ini termasuk kenaikan inflasi, sudah tentu Malaysia memerlukan hubungan yang baik dengan negara maju, kata Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki.

Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.

Fokus Minggu Depan: Isu harga barangan dan bekalan makanan
Selain isu harga barangan dan bekalan makanan, mahasiswa berhimpun susulan kekecewaan dengan tindakan pantas kerajaan yang menubuhkan pasukan jihad untuk tangani inflasi dengan menggunakan Menteri yang sama, kata Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aliff Naif.

Gimik penyanyi Danupha cetus usaha masukkan pulut mangga dalam senarai UNESCO
Gimik penyanyi rap, Milli yang menikmati pulut mangga ketika mengadakan persembahan di Amerika Syarikat, mencetuskan fenomena baharu terhadap hidangan popular Thailand itu.