awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Nadzmi tahan sebak, kapal Ardell hampiri zon merah

Gempak
Gempak
01/10/2025
04:45 MYT
Global Sumud Flotilla: Nadzmi tahan sebak, kapal Ardell hampiri zon merah
Netizen tersentuh dengan video perbualan mereka dan menyeru orang ramai terus mendoakan keselamatan Ardell serta pasukan yang menghampiri zon merah. - fotoGEMPAK
PELAKON Nadzmi Adhwa sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas perbualannya bersama isteri, Ardell Aryana yang kini berada dalam misi kemanusiaan ke Gaza tular di media sosial.

Ringkasan AI
  • Nadzmi Adhwa sebak ketika berhubung dengan isterinya, Ardell Aryana, yang kini menyertai misi kemanusiaan ke Gaza bersama Global Sumud Flotilla (GSF).
  • Netizen tersentuh dengan video perbualan mereka dan menyeru orang ramai terus mendoakan keselamatan Ardell serta pasukan yang menghampiri zon merah (Red Zone).
  • Konvoi GSF dijangka melepasi Red Zone dalam dua hari sebelum menuju ke perairan Gaza bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan.

Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di Thread, Nadzmi dilihat cuba menahan air mata sambil ditemani anak mereka namun tetap menitipkan kata semangat buat Ardell.
"Sampai punya, jaga diri. Semangat," ujarnya ringkas.
Dalam pada itu, individu yang berkongsi potongan video itu dan menyeru orang ramai agar tidak putus mendoakan keselamatan Ardell serta pasukan yang sedang menghampiri ke zon merah (Red Zone) itu.
"Sempat masuk kejap live tadi. Ya Allah sebaknya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan pejuang jihad Sumud Flotilla. Mereka sudah menghampiri Red Zone. Jangan berhenti doa kerana doa itu senjata utama kita," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat situasi itu dan menitipkan doa agar urusan Ardell dipermudahkan.
Antara komen netizen:
"Ya Allah sebaknya.
"Sedihnya rasa.
"Kuatnya hati mereka. Semoga dilimpahi rahmat dalam keluarga ini.
"Allah, memang seminggu tak nak tengok live Adhwa, lagi banjir dari tengok live Ardell."
Untuk rekod, Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza kini semakin hampir ke kawasan paling mencabar dan dijangka melepasi Red Zone dalam tempoh dua hari lagi sebelum menuju ke perairan Gaza. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#Ardell
#Nadzmi Adhwa
#Sumud Flotilla Tracker
#Sumud Nusantara Tracker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan