awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna gambar dalam berita palsu, Siti Nurhaliza tidak teragak-agak ambil tindakan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/04/2018
08:45 MYT
Guna gambar dalam berita palsu, Siti Nurhaliza tidak teragak-agak ambil tindakan
Berita di sebuah blog itu mendakwa Siti, yang namanya dieja sebagai Sita, akan disaman kerajaan kerana terbabit dalam pelaburan haram. - Instagram
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal dengan tindakan sebuah blog yang menggunakan wajahnya dan menyebarkan berita palsu, hanya untuk mendapatkan perhatian netizen.
Berita itu, yang turut menggunakan nama sebuah penerbitan tempatan, mendakwa Siti, yang namanya dieja sebagai 'Sita' dalam artikel itu, akan disaman kerajaan kerana terbabit dalam pelaburan haram.
Siti, yang baru melahirkan anak sulung tiga minggu lalu, memuat naik penjelasan berhubung berita kontroversi yang kononnya berkaitan dengan dirinya seperti yang dilaporkan sebuah blog, ke akaun laman sosial miliknya sebentar tadi.
Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini. Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza. SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT. Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut. Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT. Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Apr 7, 2018 at 10:14pm PDT
"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut, jika ia merujuk kepada saya.
"Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan pertanyaan banyak pihak mengenai kesahihan berita tersebut.
"Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti yang tertera dalam petikan di blog tersebut," tulis Siti.
Siti juga memaklumkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika blog itu masih terus menggunakan nama dan gambarnya.
"Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan," tulisnya.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#blog
#kerajaan
#laman sosial
#pelaburan
#Siti Nurhaliza
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan