HIBURAN
Hadiah buat peminat! Hael Husaini umum konsert sulung
PENYANYI dan komposer, Hael Husaini meluahkan rasa syukur apabila akhirnya bakal mengadakan konsert sulungnya iaitu "Hael Husaini & Repertoire" pada 8 Ogos 2025 yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Hael Husaini bakal mengadakan konsert sulungnya: Konsert bertajuk Hael Husaini & Repertoire akan berlangsung pada 8 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada peminat.
- Konsert dirancang sejak sekian lama: Hael menyatakan bahawa pihak pengurusan telah lama merancang konsert ini untuk membawa peminat menyelusuri perjalanan seninya.
- Hael berjanji memberikan pengalaman terbaik: Beliau berharap peminat akan hadir untuk menikmati persembahan khas yang menghimpunkan karya-karyanya sejak awal bergelar anak seni.
“Ini adalah hadiah untuk mereka yang selama ini sudah menyokong saya sepanjang saya menjadi Hael Husaini daripada zaman Jampi sehingga kini,” katanya.
Hael ditemui Gempak setelah usai konsert suku akhir Big Stage Alpha pada Ahad.
Dalam pada itu, pelantun lagu Haram ini juga menyatakan bahawa konsert ini sudah lama dirancang oleh pihak pengurusannya.
Oleh itu, Hael berjanji akan memberikan satu pengalaman terbaik buat peminat yang hadir pada malam tersebut yang akan menyelurusi perjalanannya karya-karyanya dari sejak awal bergelar anak seni.
“Konsert ini sangat istimewa buat saya sebab saya akan compile semua karya-karya saya yang telah saya lakukan dalam industri, jadi saya harap anda semua akan beri saya ruang dan peluang untuk hadir pada malam itu untuk saksi dan kongsikan bersama pengalaman yang akan saya persembahkan.
“Sebab kalau ikutkan perancangan memang sangat lama kami merancang konsert ini. Dan orang yang mengenali saya pasti tahu saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk apa sahaja yang saya lakukan. Jadi jika anda mahu rasakan pengalaman itu jangan lupa hadir,” ujarnya kepada Gempak. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami