PELAKON Indonesia, Baim Wong mengakui berdepan kesukaran untuk melunaskan keinginan isterinya, Paula Verhoeven yang mengidam buah sukun.
Kata pelakon drama Bukan Aku Cinta itu, dia buntu apabila isterinya yang kini sedang hamil empat bulan tiba-tiba memintanya untuk mencarikan buah tropikal itu.
"Mengidamnya sukun, hebat sungguh tiba-tiba mahu sukun. Hendak mencarinya itu sampai ke sana sini. Bingung saya," kata Baim.
Bagaimanapun, Baim beruntung apabila ada antara peminatnya yang prihatin menghantarkan buah terbabit ke kediaman mereka selepas menyaksikan vlog pasangan terbabit.
Bukan itu sahaja, ada antara peminat yang menghantarkan hidangan yang berasaskan buah sukun yang telah diproses.
"Ramai yang datang menghantarkan buah sukun ke rumah kami malah ada yang sudah digoreng. Jadi saya makan yang sudah siap digoreng saja," tambah Paula.
Ini merupakan kehamilan kedua Paula selepas gugur kali pertama seperti yang diedahkan Baim pada Mei lalu.
Baim dan Paula telah berkahwin pada November 2018. - Sumber: Liputan 6
Gempak
Thu Aug 08 2019
Baim beruntung apabila ada antara peminatnya yang prihatin menghantarkan buah terbabit ke kediaman mereka selepas menyaksikan vlog pasangan terbabit.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
'Gurau' isu pukul isteri, Baim Wong bakal disiasat polis
Pihak berkuasa Indonesia bakal membuat siasatan lanjut mengenai kandungan saluran Youtube milik pelakon terkenal, Baim Wong dan isterinya Paula Paula Verhoeven.
'Begini rasanya... kehilangan sahabat' - Allahu sebaknya nukilan Baim Wong buat Ashraf Sinclair
Perit rasanya apabila kehilangan sahabat baik...
Letak nama anak haiwan, ini jawapan pelakon Baim Wong
Dengar dulu jawapan Baim...
Hamil 4 bulan, isteri Baim Wong kempunan buah sukun
Pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui berdepan kesukaran untuk melunaskan keinginan isterinya, Paula Verhoeven yang mengidam buah sukun.
Kalau nak dapatkan yang cantik, usaha juga harus bertahun-tahun - Baim Wong
Pelakon popular Indonesia, Baim Wong berharap orang ramai yang masih bujang supaya tidak berputus asa dalam mencari pasangan hidup.
Sama cantik, sama padan! Foto-foto menarik sekitar majlis resepsi Baim Wong dan Paul Verhoeven
Pelakon popular Indonesia, Baim Wong dan aktres Paula Verhoeven telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah pada Sabtu lalu.
Dengan sekali lafaz, Baim Wong kini bergelar suami Paula Verhoeven
Dengan sekali lafaz, Baim Wong kini bergelar suami Paula Verhoeven
Rasmi bertunang: Baim Wong, Paula pilih kahwin di Jakarta
Impian pelakon Baim Wong untuk mendirikan rumah tangga semakin hampir selepas rasmi mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan model, Paula Verhoeven.
Baim Wong berkahwin kerana keburukan isteri
Baim memegang kata-kata bapanya yang menasihati untuk berkahwin kerana keburukan pasangan, bukan kerana kebaikan.