awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Han-Byul muncul juara Big Stage musim kedua

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
06/10/2019
15:37 MYT
Han-Byul muncul juara Big Stage musim kedua
Dengan diberikan dua tugasan, Han-Byul mempertaruhkan dua nyanyian bagi 'cover final' untuk lagu 'Lose Yourself' daripada Eminem serta single terbaharu yang berjudul 'Luka dan Bahagia'. - Astro AWANI
Segala persoalan peminat terjawab kini apabila penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han-Byul diumumkan sebagai juara pertandingan realiti Konsert Big Stage musim kedua.
Hasil kemenangan itu, Han-Byul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro berserta trofi.
Dengan diberikan dua tugasan, Han-Byul mempertaruhkan dua nyanyian bagi 'cover final' untuk lagu Lose Yourself daripada Eminem serta ‘single’ terbaharu yang berjudul Luka dan Bahagia.
Naib juara pula dimenangi Neeta Manisha dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Neeta menyanyikan lagu I Wanna Dance With Somebody untuk segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Ruang Mimpi.
Pada minggu lalu, juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika pada konsert separuh akhir pernah berkongsi mengenai keyakinan mereka bahawa Han Byul dan Neeta berpotensi menjadi juara.
Sementara itu, Adzrin pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.
Adzrin yang mendendangkan lagu All Of Me dan juga lagunya sendiri yang berjudul Picisan.
Sementara Irfan Harris yang mendapat tempat keempat dan Dinda Permata yang berada di tempat kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000.
Irfan membawa lagu nyanyian Flybaits yang berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta bagi segmen cover dan lagu single baharunya, Honey hasil ciptaannya sendiri dan Haiqal Iskandar.
Manakala, Dinda penyanyi kelahiran Indonesia pula membawa lagu dangdut, Simalakama dan sebuah lagu nyanyiannya sendiri yang bertajuk Ku Tak Bisa.
Program Big Stage 2 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, dan dibawakan oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Pada Big Stage musim pertama, penyanyi Sarah Suhairi dinobatkan juara dalam program pertandingan nyanyian bagi bakat baharu atau dalam istilah masa kini... 'Budak-Budak Baru Nak Up' (BBNU).
Topic Berkaitan
#bakat baharu
#BBNU
#big stage 2
#han byul
#penyanyi
#pertandingan nyanyian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan