Skip to main content

Hiburan

Hanis Zalikha kini artis Astro

61363173665_295x200.jpg
Hanis kini mengikat kontrak sebagai artis naungan Astro.

Selain menjadi peragawati untuk iklan komersil, gadis berusia 23 tahun ini juga pernah memegang peranan utama dalam filem pertamanya, "Gangster Celop".

Jelas Hanis, beliau memilih untuk bernaung di bawah Astro kerana bakatnya boleh diasah menerusi kursus yang bakal diberi. Ini kerana beliau tidak mahu menjadi penyeri industri hiburan semata-mata kerana paras rupa.

Berasal dari Kuala Lumpur, Hanis mengakui masih aktif menulis blog walau masanya semakin terhad.

Hanis ditemui sewaktu majlis memperkenalkannya sebagai artis baru naungan Astro.

Advertisement

Must Watch Video