awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Haqiem Rusli sudah minta maaf secara peribadi, tetapi..." - Asfan Shah

Gempak
Gempak
12/06/2018
02:00 MYT
"Haqiem Rusli sudah minta maaf secara peribadi, tetapi..." - Asfan Shah
Menurut Asfan, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan mengambil pendekatan untuk memaafkan Haqiem selepas penyanyi itu tampil memohon maaf. - Foto Instagram
PENYANYI Asfan Shah mengakui salah faham yang terjadi diantaranya dengan Haqiem Rusli sudah pun selesai.
Menurut Asfan, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan mengambil pendekatan untuk memaafkan Haqiem selepas penyanyi itu tampil memohon maaf kepadanya.
"Sejujurnya apa yang terjadi itu cuma salah faham dan tiada isu besar pun.
"Haqiem pun sudah minta maaf secara peribadi dengan menelefon saya dan kami sudah berbaik.
"Jadi kalau boleh saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini kerana apa yang terjadi adalah sudah diselesaikan dengan baik.
"Tapi bagi saya, apa yang menjadi isu sekarang adalah netizen kerana mereka lebih suka memanjangkan cerita ini sedangkan masalah antara kami telah selesai dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
Asfan berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Asfan meluahkan rasa kurang senangnya apabila Haqiem dikatakan menuduh Asfan menciplak lagu ciptaannya dan pandangannya itu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak. - Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Asfan Shah
#bergaduh
#Haqiem Rusli
#netizen
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan