awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hidap kanser, Puteri Balqis kini dalam rawatan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2018
11:35 MYT
Hidap kanser, Puteri Balqis kini dalam rawatan
Ibu Balqis mengesahkan anaknya menghidap kanser, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu. - Foto Instagram
PERKONGSIAN sekeping foto pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi, 11, dengan tanda pagar #FightCancer di laman Instagramnya ketika menjalani rawatan doktor telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
Foto yang menyaksikan pelakon kanak-kanak yang mesra disapa sebagai Aqish itu memakai topeng mulut itu dimuat naik Rabu untuk berkongsi perkembangan terkininya.
“Went for her treatment this evening. Alhamdulillah Puteri is getting better. #rockingbalqis #fightcancer,” tulis status yang dipercayai daripada ibu Balqis.
Tanda pagar #FightCancer yang ditulis itu bagaimanapun seolah-seolah membayangkan Aqish yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung itu sedang menghidap penyakit kanser.
Persoalan tersebuat akhirnya terjawab apabila ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menerusi laporan sebuah akhbar mengesahkan perkara itu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu.
Went for her treatment this evening.Alhamdulillah Puteri is getting better❤️ #rockingbalqis #fightcancer
A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on
Jul 4, 2018 at 7:16am PDT
Bagaimanapun, kata Norashikin, tahap kesihatan Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu semakin baik selepas menjalani rawatan, malah mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.
Puteri Balqish sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#demam
#ibu
#Instagram
#jantung
#kanser
#masalah kesihatan
#Norashikin Mohd Aziz
#pelakon
#Puteri Balqis
#rawatan
#sakit
#topeng mulut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan