awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
Penunggang motosikal maut digilis treler
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ibu bapa semakin berusia, kita harus hargai masa" - Rossa wajib balik kampung beraya

Gempak
Gempak
22/04/2023
09:15 MYT
"Ibu bapa semakin berusia, kita harus hargai masa" - Rossa wajib balik kampung beraya
Rossa juga memaklumkan, seperti kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan juga berhari raya di kampungnya di Sumedang. - Gempak
MENJALANI rutin kerja yang sibuk dan dipuja sebagai penghibur tidak pernah membuat penyanyi tersohor Indonesia, Rossa melupakan asal usul dan keluarganya.
Apa lagi untuk tidak pulang menyambut Lebaran. Kata Rossa, sesibuk mana pun dirinya memenuhi undangan nyanyian, beliau tidak akan mengambil tawaran kerja pada Aidilfitri pertama, sementelah usia kedua ibu bapanya juga sudah semakin menua.
“Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya saya menyambut Lebaran di kampung halaman di Sumedang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara.
“Biasanya sambutan Lebaran kami sederhana saja, berkumpul, menziarah kubur dan menikmati hidangan tradisional.
“Tapi untuk saya yang jarang pulang kerana hambatan pekerjaan, buat masa sekarang saya akan pastikan akan selalu menziarah ibu dan bapa di kampung.
“Saya mahu menghabiskan masa dan sangat menghargai setiap momen bersama ibu dan bapa saya yang sudah semakin berusia.
“Masa tidak boleh dihentikan dan tidak boleh berpatah balik, jadi saya tidak mahu sampai menyesal. Saya mahu kerap bersama ibu dan bapa,” kata Rossa sewaktu ditemui media Malaysia sempena pelancaran single berjudul Khanti, baru-baru ini.
Rossa juga memaklumkan, seperti kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan juga berhari raya di kampungnya di Sumedang.
Kata penyanyi tersebut, sejak dulu Rizky belum pernah berhari raya dengan bekas suaminya, pemain drum kumpulan Padi, Yoyo.
“Memang belum pernah Rizky berhari raya di kampung Yoyo. Biasanya dia dengan saya. Tapi tahun ini mungkin Rizky akan ikut Yoyo berhari raya di kampungnya di Surabaya pada raya ketiga,” jelas Rossa. -- Gempak
Topic Berkaitan
#ROSSA
#Aidilfitri
#hargai ibu bapa
#pulang ke kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan