[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

"I'm sorry, Uncle Zaibo" - Wardina Safiyyah

Gempak 14/11/2018 | 15:10 MYT
Pernah bergandingan dalam sitkom Spanar Jaya, Wardina melakonkan watak Misha, anak kepada Pak Selamat lakonan Zaibo.
KEHILANGAN pelakon dan pelawak, Zaibo, meninggalkan kesan kepada bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah.
Pernah bergandingan dalam sitkom Spanar Jaya, Wardina melakonkan watak Misha, anak kepada Pak Selamat lakonan Zaibo.
Menerusi laman Facebook, Wardina berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Zaibo.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu' anhu.
"I learnt a lot from him - he was literally my father when I played Misha in Spanar Jaya.
"I was unfortunate I did not have the opportunity to visit him. I'm sorry uncle Zaibo. Thank you for everything," tulis Wardina.
BACA: Jenazah Zaibo selamat dikebumikan
BACA: 'Allahyarham lesu, berkelakuan berbeza semalam' - Isteri Zaibo
Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1.05 petang hari ini akibat menderita kanser esofagus.
Selain Spanar Jaya, Zaibo pernah membintangi filem Magika, Awan Dania The Movie dan sitkom popular Singapura, Under One Roof.
#Wardina Safiyyah #Zaibo