Penganjur PJ Laugh Fest 2015 berharap acara sebegini dapat mempertingkatkan kandungan komedi dalam Bahasa Malaysia dan memberi peluang untuk penggiat teater tanahair untuk terus bereksperimen.
Pengarah Eksekutif PJ Live Arts Diong Chae Lian berkata acara PJ Laugh Fest bermula enam tahun lalu di mana majoriti kandungannya adalah berbahasa Inggeris.
“Ini merupakan tahun di mana terdapat banyak kandungan dalam Bahasa Malaysia, dan itu bagus. Kita menampilkan pendatang baru ke pentas teater dan juga kandungan baru. Ia amat seronok untuk menonton kandungan yang berbeza,” kata Chae Lian selepas sidang media mengumumkan barisan persembahan di acara PJ Laugh Fest tahun ini.
Kata beliau, walaupun terdapat rancangan lawak atau komedi di kaca televisyen namun seorang pelawak dapat meningkatkan bakat mereka di pentas teater dan menghibur secara langsung dan spontan.
Ini juga merupakan mengapa pihak pengajur menjemput kumpulan komedi improvisasi profesional pertama di Indonesia, Improvindo.
“Selain memenuhi kehendak penonton yang sudah sofistikated, beliau berharap kumpulan Improindo dapat menjadi inspirasi kepada pelawak Malaysia. Mereke berpengalaman dan komedi di Indonesia mempunyai sejarah yang lama.
“Secara tidak langsung saya harap pelawak Malaysia boleh belajar dari mereka.
Kumpulan Improvindo yang ditemuramah melalui Skype juga tidak sabar untuk beraksi di pentas PJ Live Arts.
“Kami akan membuat persembahan dua jam menggunakan Bahasa Indonesia yang sudah diMelayukan sikit agar penonton Malaysia boleh faham.
“Namun saya sangka penonton akan tetap menerima kami walaupun bahasa kami mempunyai sedikit perbezaan,” jelas salah satu ahli kumpulan Improvindo Mo Sidik menerusi Skype pada sidang media bagi mengumumkan barsisan persembahan pada acara PJ Laugh Fest 2015.
Tambah beliau, persembahan mereka akan dibahagikan kepada dua iaitu pada jam pertama ia adalah komedi ‘stand-up’ dan untuk jam kedua adalah komedi improvisasi seperti ‘Who’s Line Is It Anyway?’.
Ditibuhkan pada tahun 2012, anggota kumpulan Improvindo berkata mereka semua mempunyai latar belakang improvisasi dan komedi berkenaan kian diterima di Indonesia.
“Kami selalu membuat persembahan korporat. Namun kami juga akan adakan siri jelajah di Indonesia sebelum bergerak ke Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, Thailand, Taiwan dan Australia.
Improvindo akan membuat persembahan pada 19 dan 20 April.
Syafique Shuib
Thu Apr 16 2015
PJ Laugh Fest 2015 menampilkan lebih banyak karya Bahasa Malaysia.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ImprovIndo tampil dengan jenaka Indonesia yang diMelayukan 19 April ini
Penganjur PJ Laugh Fest 2015 berharap acara sebegini dapat mempertingkatkan kandungan komedi dalam Bahasa Malaysia.