Dalam diam-diam bercinta bersama pasangan yang dirahsiakan, penyanyi Indah Ruhaila akhirnya bakal menamatkan zaman solonya pada Ahad, 24 Disember ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30 tahun, menerusi pesanan ringkas Whatsapp, majlis itu akan diadakan secara tertutup.
“Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melansungkan pernikahan paa 24 Disember ini.
"Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media yang cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.
"Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar bekas peserta AF Megastar itu.
Memetik laporan portal Sinar Harian, identiti jejaka yang bakal dinikahinya hanya akan didedahkan sejurus selepas mereka diijabkabulkan.
Tambah Indah, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi beserta gambar selepas majlis perkahwinanya.
Terdahulu, Indah telah putus tali pertunangan bersama 'Mr. R' Jun lalu selepas empat tahun mereka bertunang.
Astro Awani
Fri Dec 22 2017

Menurut kenyataan Indah, majlis itu akan diadakan secara tertutup. - Foto: Instagram/@indahruhaila

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.

Indah bakal nikah 'jejaka misteri' Ahad ini
Dalam diam-diam bercinta bersama pasangan yang dirahsiakan, Indah akhirnya bakal menamatkan zaman solonya pada Ahad, 24 Disember ini.