awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini kos bawa isteri tengok konsert Taylor Swift'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2024
01:40 MYT
'Ini kos bawa isteri tengok konsert Taylor Swift'
Gambar kiri Hendra bersama Ulfa ketika mereka menyaksikan konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura baru-baru ini. Gambar kanan perincian perbelanjaan yang tertera pada bahagian belakang baju-T yang dipakai Hendra. - Foto agensi
JAKARTA: Gambar kiri Hendra bersama Ulfa ketika mereka menyaksikan konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura baru-baru ini. Gambar kanan perincian perbelanjaan yang tertera pada bahagian belakang baju-T yang dipakai Hendra. - Agensi
Nama suami kepada pempengaruh Indonesia, Ulfa Merdeka, Hendra Outside tiba-tiba menjadi sebutan warganet di Indonesia ketika konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura baru-baru ini.
Semuanya gara-gara tindakan Hendra menyarung baju-T putih yang dicetak kos keseluruhan yang dibelanjakannya untuk membawa si isteri menyaksikan konsert tersebut.
Pada bahagian hadapan baju-T yang dicetak terdapat tulisan berbunyi; ‘Saya bukan Swiftie, tetapi saya mahu membahagiakan isteri saya’.
Namun, apa yang menarik perhatian apabila bahagian belakang baju-T itu terpampang pecahan penuh perbelanjaan yang dikeluarkan pasangan itu menghadiri konsert pada 3 Mac lalu.
Berdasarkan perincian bajet yang ditulis termasuklah harga kos tiket 21.5 juta rupiah (RM6,478); tiket kapal terbang dari Surabaya ke Singapura – 7 juta rupiah (RM2,109) selain penginapan hotel untuk 1 malam – 3.8 juta rupiah (RM1,142).
Perbelanjaan lain yang turut diperincikan ialah makan dan minum – 3.8 juta rupiah (RM1,144); baju si isteri – 1 juta rupiah (RM 301); cenderamata – 1 juta rupiah (RM301), baju-T khas – 50 ribu rupiah (RM15).
Keseluruhannya, jumlah wang yang dibelanjakan Hendra adalah sebanyak 38,150,000 rupiah atau bersamaan kira-kira RM11,500. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#konsert
#perincian perbelanjaan
#Ulfa Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan