awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa' - Izreen Azminda komen IG palsu

Gempak
Gempak
22/03/2018
15:12 MYT
'Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa' - Izreen Azminda komen IG palsu
Isteri kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude terkilan apabila beberapa status mengelirukan dimuat naik menerusi akaun palsu berkenaan. - Foto @therealizreenazminda
PELAKON Izreen Azminda meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.
Menurut Izreen, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni seperti yang ditulis dalam akaun palsu tersebut.
"Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.
"Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada," katanya.
Ulas pelakon yang berusia 33 tahun itu lagi, paling mengecewakan apabila periuk nasinya cuba diganggu menerusi status yang menyatakan dia bakal meninggalkan kerjaya seni kerana tidak mahu lagi dihimpit kontroversi sejak memilih untuk hidup bermadu.
"Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.
"Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu," katanya.
BACA: “Intan, Hentikan Drama Air Mata!” - Ude Minta Semua Pihak Berhenti Salahkan Izreen Azminda
Dalam pada itu, Izreen berkata, ketika ini dia memilih untuk menutup akaun laman sosialnya bagi mengelak daripada berterusan dihimpit kontroversi.
"Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya," katanya seperti yang dilapor BH Online.
[[BACA: “Saya Terima Takdir Yang Allah Tentukan” - Intan Sah Bercerai Talak Satu Dengan Ude]]
Terdahulu, terdapat akaun palsu menggunakan nama, @therealizreenazminda sejak 5 Mac lalu.
Isteri kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude terkilan apabila beberapa status mengelirukan dimuat naik menerusi akaun palsu berkenaan.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
#Berita Harian
#Instagram
#Izreen Azminda
#Muhammad Radzi Abdul Wahid
#penghibur
#Ude
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan