ISTERI kepada pelakon Ako Mustapha, Kartina Shuaib mendedahkan yang suaminya kini berada dalam pemantauan doktor selepas dikejarkan dan dirawat di zon merah kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam.
Kartina berkata, kesihatan Ako merosot akibat ketiadaan insulin dalam badannya, sehingga menyebabkan saraf dan otot tubuh tidak dapat berfungsi.
“Saya tiada di rumah sejak hujung minggu lalu, ada outstation. Ako di rumah dengan anak-anak, tetapi dia bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu yang dia tidak ambil ubat kencing manis ketika ketiadaan saya.
“Jadi, ketika tiba di rumah pukul 3 pagi tadi, saya lihat wajah dia dah lain macam. Dia beritahu yang dia muntah selepas minum air dan sup. Apa sahaja yang masuk keluar balik. Saya cadang pergi hospital tetapi dia enggan.
“Kemudian bila bangun tidur, saya beri dia minum air dan sup, tetapi muntah lagi. Muka dia pula dah mula senget. Saya hubungi ambulans dan Ako terus dibawa ke HKL. Bila sampai HKL, Ako dimasukkan ke zon merah kritikal. Menurut doktor, insulin dalam badannya kosong dan disebabkan itu, saraf serta otot tidak dapat berfungsi,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Kartina menambah, keadaan Ako tidak ada kena mengena dengan penyakit strok, tetapi disebabkan masalah diabetes yang dialami.
“Jadi doktor cakap bukan strok, tetapi sebab insulin tiada dalam badan. Dia sekarang dalam pemantauan dan doktor beri dia enam liter air serta glukosa beserta insulin.
“Doktor turut berkata yang mereka akan memantau Ako dalam tempoh 24 jam dengan harapan apa yang dimasukkan dalam badannya, tidak ditolak,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Kartina berkata yang Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bercakap.
“Ketika tiba di hospital, dia tak boleh bercakap, pernafasannya lemah dan kuantiti oksigennya menurun. Tetapi doktor di HKL sangat pantas melakukan kerja. Sekejap sahaja siap. Saya puji ketangkasan mereka.
“Selepas rawatan kecemasan yang diberikan, Ako sudah mula boleh buka mata, boleh senyum,” katanya lagi.
Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif COVID-19.
Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Gempak
Fri Aug 05 2022

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini mempunyai empat orang cahaya mata. - Foto Astro GEMPAK

Google Cloud umum bawa rantau awan pertama ke Malaysia
Google Cloud mengumumkan akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi memenuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia.

Kelantan terima peruntukan RM64 bilion bagi projek infrastruktur
Nilai projek itu merangkumi keseluruhan 54 projek di negeri itu yang dianggarkan sudah mencapai 56 peratus siap.

Tamat kontrak projek alami kelewatan keputusan terakhir - Fadillah
Kerajaan serba salah untuk tamatkan kontrak melihat kepada keadaan semasa yang menjadi kekangan kepada kemajuan sesebuah projek.

Ringgit susut 4.6 peratus pada suku kedua, tidak eksklusif pada Malaysia sahaja - Gabenor BNM
Penurunan tersebut adalah sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang turut susut 5.8 peratus sehingga kini.

Dua hospital baharu di JB bantu atasi kesesakan di HSA, HSI - Khairy
Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di Johor Bahru dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama.

Impak Harga Barang | Miskin bandar terpaksa meminjam - Kajian
Kumpulan isi rumah B40 di Lembah Klang merupakan golongan yang paling terkesan akibat kenaikan harga barang ketika ini. Itu antara dapatan penting yang dinyatakan dalam Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi yang diterbitkan pada Jumaat.

Wujudkan polisi libatkan pemberian ubat antimalaria kepada pekerja asing- Pakar kesihatan awam
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria.

Urban Malaria | Penduduk tempatan perlu jaga kebersihan
Dr Malina menasihatkan penduduk tempatan agar menjaga kebersihan persekitaran bagi mengekang pembiakan nyamuk anopheles yang menyebabkan penyakit malaria. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan juga disaran membuat pemeriksaan bagi melakukan pencegahan awal.

Guru guna TikTok: KPM akan ambil tindakan jika muat naik kandungan negatif
Guru yang terlatih harus memahami tugas dan tanggungjawab mereka apabila bergelar seorang pendidik.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pelkerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

'Insulin dalam badannya kosong' - Isteri Ako Mustapha kongsi momen cemas ketika suami dikejarkan ke hospital
Kesihatan Ako merosot akibat ketiadaan insulin dalam badannya, sehingga menyebabkan saraf dan otot tubuh tidak dapat berfungsi.

Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke HKL, isteri mohon doakan suami
Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.