awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
Vijay Singh kembali ke PGA Tour 2026 pada usia 63 tahun
Pemandu Honda Jazz sebabkan kematian pelajar UniSZA direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inteam bangkit nostalgia lebih 5,000 peminat

Bernama
Bernama
04/10/2025
02:20 MYT
Inteam bangkit nostalgia lebih 5,000 peminat
Pada konsert yang berlangsung 29 Sept lalu, Inteam menghiburkan audiens dengan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai seperti Wanita, Ratu Syahadah, KeredhaanMu, Damba Kasih, Tanpamu dan Setanggi Syurga. - Foto Instagram official_inteam
PETALING JAYA: Ribuan cahaya 'lightstick' yang memenuhi ruang Idea Live Arena, Damansara di sini, baru-baru ini menjadi saksi perjalanan seni lebih dua dekad kumpulan nasyid popular Inteam yang diraikan bersama-sama dengan kira-kira 5,000 peminat setia.
Konsert hampir tiga jam itu berlangsung dalam suasana meriah seakan pertemuan keluarga besar, dipenuhi nyanyian bersama, cerita nostalgia dan sorakan kegembiraan yang membuktikan irama nasyid kekal segar biarpun industri hiburan kini dipelopori pelbagai genre moden.
Kumpulan dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid, Hisyam Ahmad, Abdul Rahim Osman dan Hazamin Harun itu juga membuktikan karya-karya mereka masih utuh apabila setiap bait lagu disambut bergema di seluruh arena.
Pentas konsert Kasih Kekasih 25 Tahun Inteam malam itu dibuka dengan lagu Nur Kasih sebelum diteruskan dengan rangkaian karya popular termasuk Siti Khadijah, Akrab Persahabatan dan medley Sentuhanmu, Doa Seorang Kekasih serta Hembusan Kasturi yang membangkitkan kenangan awal 2000-an.
Bersyukur konsert tersebut mendapat sambutan yang hangat, Mohd Syahril tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus memberi sokongan kepada kumpulannya.
"Syukur ke hadrat Allah, kita dapat bersama-sama pada malam ini, terima kasih sokongan yang tidak putus-putus kepada Inteam sejak dulu lagi. Ada yang datang naik Avanza ke?" katanya.
Kolaborasi dengan penyanyi popular Khai Bahar menerusi lagu Impian Kasih dan Rabiatul Adawiyah menambahkan lagi warna persembahan, memperlihatkan kesediaan Inteam merapatkan jurang generasi.
Momen paling menyentuh hadir apabila segmen memperingati bekas ahli Allahyarham Suhaimi Saad yang dipersembahkan melalui paparan klip kenangan beliau, sebelum anak keduanya Sallman Elkhoyri, tampil membuat persembahan bersama-sama Inteam menerusi lagu Kias Cinta.
Penampilan khas kumpulan Hijjaz dengan lagu Sumaiyah secara a cappella menambah nilai kerohanian, sambil usik-mengusik bersama-sama dengan Inteam menceriakan suasana dan mencuit hati penonton.
Inteam juga menghiburkan audiens dengan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai seperti Wanita, Ratu Syahadah, KeredhaanMu, Damba Kasih, Tanpamu dan Setanggi Syurga, selain memberi ruang penonton berzikir bersama melalui Ya Rabbi Ya dan Solatullah.
Sepanjang konsert itu, keampuhan vokal keempat-empat ahli yang turut membuat pertukaran beberapa persalinan kostum simbolik perjalanan seni mereka yang matang namun tetap segar, berjaya memikat peminat dari mula hingga akhir.
Kemuncak malam bersejarah itu hadir menerusi lagu malar segar Kasih Kekasih yang dinyanyikan bersama-sama penonton, sebelum perhatian beralih kepada skrin utama apabila Inteam mengumumkan bakal mengadakan konsert lain pada 1 Feb 2026 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
A post shared by Inteam (@official_inteam)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inteam
#konsert
#nasyid
#Kasih Kekasih 25 Tahun Inteam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan