KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon veteran, Ira Kazar dilapor telah dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), minggu lalu.

Perkara itu disahkan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selepas dia membuat laporan ke jabatan agama atas dakwaan mengganggu keharmonian rumah tangganya.

“Saya akui lega selepas wanita berkenaan dipanggil JAWI untuk siasatan lanjut.

“Walaupun siasatan ini, kemungkinan mengambil masa yang lama tetapi sekurang-kurangnya tindakan telah diambil,” katanya dalam Majlis Sidang Media teater Madu Terpaling Kalut di ibu negara.

Terdahulu, Puteri Sarah kemukakan dua aduan iaitu berkaitan dakwaan orang ketiga di mahkamah syariah.

Manakala satu aduan lagi di mahkamah sivil bagi dakwaan melakukan gangguan.

Puteri Sarah juga memberitahu, mahkamah telah mengeluarkan arahan injuksi yang melarang Ira mendekati dia dan seluruh ahli keluarganya.

Ira merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.