awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri bakal bersalin pada Jumaat, Fizo Omar mohon doa

Media Hiburan
Media Hiburan
19/05/2023
05:00 MYT
Isteri bakal bersalin pada Jumaat, Fizo Omar mohon doa
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, Fizo dilihat memegang erat tangan isteri dan mengucup dahinya. -Instagram
PELAKON Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sudah pun dimasukkan ke sebuah hospital dan bakal melahirkan anak kedua mereka pada Jumaat.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, Fizo dilihat memegang erat tangan isteri dan mengucup dahinya.
“Bismillah. Di hari Jumaat yg penuh barakah ini, Isteri saya bakal melahirkan zuriat kami di Andorra Hospital.
“Mohon doa dari semua semoga Allah permudahkan urusan kami,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)
Lantaran itu, Fizo turut memohon agar semua pihak mendoakan semoga segala urusan isterinya sewaktu melahirkan nanti dipermudahkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan kesejahteraan isteri Fizo.
“Semoga selamat semuanya.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Abe Joe dah keluarga.
“Selamat melahirkan zuriat kedua. Ameen.
“Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan selamat untuk kedua-duanya.
“Mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan dipermudahkan urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Fizo Omar
#Fazeera Nazri Azrai
#Wan Khaleeda
#Andorra Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan