HIBURAN
Isu royalti lagu Sinaran: Sheila Majid enggan panjangkan, anggap sudah selesai

Kata Sheila, isu tersebut sudah selesai dan tidak ada kaitan langsung dengannya secara peribadi. - Gempak
PENYANYI, Datuk Sheila Majid memilih untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung isu tuntutan royalti lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi berjudul Sinaran yang sebelum ini dibangkitkan oleh balu arwah, Datuk Nora Ariffin.
Ringkasan AI
- Datuk Sheila Majid enggan ulas isu royalti lagu Sinaran: Menyatakan isu tersebut tidak melibatkan dirinya secara peribadi dan telah pun diselesaikan antara pihak berkaitan.
- Isu ditujukan kepada syarikat penerbitan, bukan Sheila: Sheila menegaskan kenyataan tuntutan royalti oleh Datuk Nora Ariffin adalah terhadap publisher, bukan dirinya sebagai penyanyi.
- Salah faham telah diselesaikan secara baik: Sheila menyeru agar isu tidak dipanjangkan kerana tiada kaitan langsung dengannya dan semua pihak telah mencapai penyelesaian.
“Sebenarnya saya tak payah nak komen, benda dah lepas, sudah selesai. Persoalan itu pun tidak ditujukan pada saya, ditujukan kepada publisher,” katanya.
Tambah Sheila lagi, dia sedar akan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tidak ditujukan kepadanya.
Malah Sheila juga menegaskan bahawa sebarang salah faham antara pihak terlibat telah pun diselesaikan.
“Tak perlu kita nak panjang-panjangkan. Sebenarnya semasa artikel itu keluar, saya sudah tahu itu bukan ditujukan pada saya.
“Tiada kena mengena dengan saya, jadi tak perlu kita nak tiba-tiba triggered pula.
“Apa sahaja salah faham yang berlaku antara dia dan publisher sudah selesai. Tak perlu nak komen,” ujarnya.
Untuk rekod, Datuk Nora sebelum ini dilaporkan menuntut agar hak royalti karya arwah suaminya yang juga seorang komposer dihormati dan diselesaikan secara adil oleh pihak-pihak berkaitan. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami