Isu warna kulit: Jada Pinkett Smith bakal boikot Anugerah Akademi?

Syafique Shuib
Januari 18, 2016 08:13 MYT
Isteri kepada pelakon Will Smith iaitu Jada Pinkett Smith menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Anugerah Akademi ke-88. - Foto AFP
Isteri kepada pelakon Will Smith iaitu Jada Pinkett Smith menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Anugerah Akademi ke-88, sekali gus bertanyakan jika penghibur bukan kulit putih perlu menarik diri dalam acara berprestij itu.
Reaksi itu berikutan daripada 20 pencalonan untuk kategori lakonan, semuanya didominasi pelakon berkulit putih.
Keadaan yang sama juga terjadi dalam pencalonan kategori Pengarah Terbaik.
READ: 'The Revenant' dahului pencalonan Anugerah Akademi ke-88
READ: #OscarsSoWhite: 'Oscar anugerah yang rasis' - Netizen
Pinkett Smith menerusi Twitter berkata penghibur bukan kulit putih biasanya akan memberi anugerah, atau menjadi penghibur pada malam anugerah, namun jarang diiktifiraf untuk pencapaian seni.
“Patutkah (penghibur) bukan kulit putih tidak perlu mengambil bahagian sama sekali? Saya begitu kecewa ketika ini,” tulisnya.

At the Oscars...people of color are always welcomed to give out awards...even entertain, (pt. 1)

— Jada Pinkett Smith (@jadapsmith) January 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

But we are rarely recognized for our artistic accomplishments. Should people of color refrain from participating all together? (pt 2)

— Jada Pinkett Smith (@jadapsmith) January 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

People can only treat us in the way in which we allow. With much respect in the midst of deep disappointment. J (pt 3)

— Jada Pinkett Smith (@jadapsmith) January 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pencalonan Anugerah Akademi ke-88 diumumkan minggu lepas di Beverly Hills.
The Revenant mendahului senarai dengan 12 pencalonan.
Namun, hashtag #OscarsSoWhite memenuhi garis masa media sosial kerana ia gagal mengiktiraf pelakon serta pengarah filem bukan kulit putih.
Anugerah Oscar akan berlangsung pada 28 Februari di Dolby Theater.
Chris Rock kembali sebagai hos, setelah menjadi hos buat kali pertama pada 2005.
##OscarsSoWhite #Anugerah Akademi #Jada Pinkett Smith #Oscars #Will Smith