KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi terkenal era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim akan dikebumikan di Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir, Negeri Sembilan, dijangka selepas solat Isyak, pada Ahad.
Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, jenazah Allahyarham Ibnor Riza atau nama sebenarnya Ibnor Riza Ibrahim yang meninggal dunia akibat kanser limfoma itu akan dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM).
"Pada ketika ini, jenazah beliau masih berada di HCTM untuk dimandikan dan dikafan seterusnya disolatkan sebelum dibawa terus ke Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir, Negeri Sembilan bagi urusan pengebumian," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.
Hafiz berkata seluruh kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman Malaysia mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi ujian itu.
Penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu hit termasuk Berdiri Seorang Perindu itu menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu bertarung nyawa akibat kanser limfoma.
Media sebelum ini melaporkan Ibnor Riza telah menjalani pembedahan di hospital yang sama bagi membuang air di bahagian kanan kepalanya.
Rabu lalu, penyanyi tersebut sekali lagi menjalani pembedahan kerana terdapat pendarahan pada bahagian kepala.
Beliau dikatakan mula mengetahui tentang kanser dihidapinya itu pada Februari tahun ini, yang sudah memasuki tahap keempat, apabila doktor melakukan pemeriksaan susulan kerana terdapat bengkak di bahagian leher.
Karier seni Ibnor Riza, yang merupakan seorang kakitangan awam, mula menyinar apabila beliau menyertai Bintang RTM pada tahun 1984. Namun beliau benar-benar fokus kepada bidang tersebut pada tahun 1993.
Sepanjang 23 tahun beliau mewarnai dunia seni, Ibnor Riza telah menghasilkan 13 album dan pernah menerima anugerah platinum selepas album The Best of Ibnor Riza terjual sebanyak 25,000 unit.
Allahyarham mempunyai seorang anak perempuan, iaitu Puteri Norizah, 32.
Umavathi Ramayah
Sun Dec 17 2023
Jenazah Ibnor Riza akan dimandi, dikafan dan disolatkan sebelum dibawa ke Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir, Negeri Sembilan bagi urusan pengebumian. -Astro AWANI
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peminat hubungi isteri, minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza
Isteri penyanyi Allahyarham Ibnor Riza, Sarimah Sulaiman memaklumkan dihubungi peminat suaminya meminta agar lagu-lagu arwah tidak diputarkan ketika ini.
Jenazah Ibnor Riza dikebumi di N.Sembilan selepas solat Isyak
Jenazah penyanyi terkenal Ibnor Riza Ibrahim akan dikebumikan di Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir, Negeri Sembilan, malam ini.
Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma
Penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Seorang Perindu itu, meninggal dunia selepas dua minggu bertarung nyawa akibat kanser limfoma.
Ibnor Riza ditidurkan untuk jalani pembedahan di kepala
Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Nizam Laksamana menerusi perkongsian pada Facebook (FB), pada Sabtu malam.
Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad yang berdepan masalah kesihatan pada Khamis.
Menteri Agama ziarah Ibnor Riza, serah sumbangan MAIWP RM5,000
Mohd Na'im berkesempatan menziarahi penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu dan turut menyampaikan sumbangan.
Doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup
Penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu bagaimanapun tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapi.
"Doakan saya terus sihat" - Ibnor Riza kongsi wajah terkini
Ibnor Riza turut titip doa semoga amalan setiap seorang daripada kita di bulan Ramadan diterima Allah SWT.
Ibnor Riza menghidap kanser limfoma
Selepas berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, penyanyi terkenal era 80-an, Ibnor Riza mendedahkan, dia disahkan menghidap Kanser Limfoma.
Isteri rayu bantuan kewangan, bimbang keadaan kesihatan Ibnor Riza
Keluarga Ibnor Riza dalam kesempitan untuk membiayai kos rawatan penyakit penyanyi terkenal itu.