Tiada LRA ditutup susulan pencemaran air di Sungai Sayong - Exco

Tiada Loji Rawatan Air (LRA) di Johor ditutup susulan insiden pencemaran air di Sungai Sayong, Kampung Orang Asli Sayong Pinang dekat Kota Tinggi yang dilaporkan berlaku pagi semalam. - Gambar fail/Sinar Harian
PONTIAN: Tiada Loji Rawatan Air (LRA) di Johor ditutup susulan insiden pencemaran air di Sungai Sayong, Kampung Orang Asli Sayong Pinang dekat Kota Tinggi yang dilaporkan berlaku pagi semalam.
Ringkasan AI
- Tiada Loji Rawatan Air (LRA) di Johor ditutup susulan insiden pencemaran air di Sungai Sayong, Kampung Orang Asli Sayong Pinang dekat Kota Tinggi.
- Pihak berkaitan masih menunggu keputusan bacaan pencemaran yang dijalankan hari ini sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
- Kerajaan negeri merancang menggazetkan lima sungai utama sebagai sumber air mentah bagi meningkatkan langkah pencegahan pencemaran.
"Setakat hari ini, tiada loji rawatan air ditutup dan bekalan air kepada pengguna masih berjalan seperti biasa," katanya selepas Majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Projek Siap Jambatan Sungai Pontian Kecil bernilai RM23.12 juta di Pontian hari ini.
Dalam pada itu, Fazli berkata kerajaan negeri merancang menggazetkan lima sungai utama sebagai sumber air mentah iaitu Sungai Johor, Sungai Muar, Sungai Pontian, Sungai Endau dan Sungai Sedili.
EXCO-PENCEMARAN (SUNGAI SAYONG) 2 (AKHIR) PONTIAN
Beliau menegaskan langkah itu memerlukan penetapan perimeter, zon perlindungan dan pengenalpastian potensi pencemaran sebelum penggazetan dilaksanakan.
Kawalan pembangunan baharu turut diperketatkan dengan penglibatan awal JAS, laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan sokongan agensi teknikal lain.
"Sebagai langkah pencegahan awal, enam sistem telemetri telah dipasang di Sungai Johor dan enam lagi akan dipasang tahun ini di kawasan berhampiran loji rawatan air bagi mengesan pencemaran lebih awal," katanya.
Semalam, ADUN Panti, Hahasrin Hashim dilaporkan berkata JAS dan Jabatan Perikanan sedang menyiasat insiden Sungai Sayong yang bertukar gelap kehitaman, selepas aduan penduduk diterima berhubung tahap kesan terhadap alam sekitar dan sumber perikanan setempat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


