MAHU memberi tumpuan penuh terhadap anak keduanya yang bakal mencecah usia setahun, pengacara dan pelakon Jihan Muse berkata dia kini lebih selektif menapis tawaran.
Pemilik nama penuh Nuur Jihan Musa itu memberitahu dia tidak ralat melepaskan tawaran memandangkan tekad memberikan susu ibu kepada anaknya hingga genap dua tahun.
“Kami tiada pembantu, urusan rumah serta menjaga anak-anak dilakukan bersama suami tetapi kebelakangan ini Ungku Haris terbabit dalam penggambaran yang memerlukan saya fokuskan dulu kepada rumah tangga.
“Pada masa sama saya juga ingin berikan putera kedua kami susu ibu sepenuhnya sampai umur dua tahun kerana dulu lepas pantang saya terus keluar bekerja.
“Saya tak ralat ketepikan lakonan buat sementara waktu, tambahan pula saya tak pernah tinggal anak kecil kami lama sebab mahu kejar waktu menyusukannya,” katanya kepada Gempak.
Jihan ditemui ketika menghadiri sidang media program terbaharu berjudul The Chosen One, yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada baru-baru ini.
Menurut bekas pengacara Gegar Vaganza itu dia sedia terbabit dalam program televisyen yang tidak memerlukan masa panjang seperti rancangan realiti baharu The Chosen One terbitan Astro.
“Apabila ditawarkan tanggungjawab sebagai juri The Chosen One, saya tak mampu menolak melihatkan keunikan program ini membabitkan bakat muda, selain tugasannya hanya sehari dalam seminggu.
“Tawaran mengacara program buat masa ini belum ada, apabila dipertanggungjawabkan sebagai juri itu pun satu amanah besar, apatah lagi membabitkan peserta muda,” ujarnya.
Belum disiarkan, pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu menyaksikannya duduk di kerusi juri yang turut membabitkan Hazama, Afieq Shazwan dan beberapa penyanyi lain sebagai mentor.
Untuk info, Jihan mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Haris pada 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ungku Altamis Barr, 11 bulan, serta Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun. -Gempak
Gempak
Sat Aug 26 2023
JIHAN: Saya juga ingin berikan putera kedua kami susu ibu sepenuhnya sampai umur dua tahun kerana dulu lepas pantang saya terus keluar bekerja. - Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
GV11: Astro kekalkan gandingan Nabil dan Jihan, magis keserasian yang sukar ditandingi
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS kekal sebagai juri untuk musim ini.
Jihan Muse lebih memilih, ini sebab-sebabnya!
Pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu bakal menyaksikan Jihan duduk di kerusi juri.
Jihan Muse perkenal putera kedua selepas 3 minggu
Berita gembira tersebut dikongsikannya selepas memuat naik semula kemas kini suaminya Ungku Haris.
Tan Sri DG dan AME 2020, apa cerita di sebaliknya?
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang Tan Sri Dr Noor Hisham akan lakukan.
Tarik diri sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era, ini penjelasan Alif Satar
Penarikan diri itu dibuat Alif selepas memikirkan dia perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas pulih daripada jangkitan pandemik COVID-19.
Nabil Ahmad, keluarga negatif COVID-19
Nabil jalani ujian saringan selepas berkunjung ke sebuah pusat beli-belah yang terkesan dengan jangkitan COVID-19.
Alif Satar tambah seri, Mira Filzah, Siti Nordiana dominasi AME2020
Penyanyi dan pengacara, Alif Satar diumumkan sebagai pengacara ketiga yang akan bersama-sama memeriahkan acara anugerah pilihan penonton tahun ini.
Nabil Ahmad, Jihan Muse diumum sebagai hos AME2020
AME edisi kali ini mereka menampilkan dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse sebagai teraju utama anugerah berprestij itu.
Jihan Muse rangkul anugerah di Asian Academy Creative Awards 2019
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Jihan merasa bersyukur kerana ini pertama kali dia memenangi anugerah buat negara tercinta.
Menang anugerah komedi peringkat Asia, Jihan Muse anggap pencapaian terbaik dalam karier
Jihan tak pernah terbayang memang anugerah di luar negara.