awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jihan Muse tak pernah rancang nak 'transform' diri

Gempak
Gempak
08/04/2016
08:09 MYT
Jihan Muse tak pernah rancang nak 'transform' diri
JIHAN: Saya tidak pernah plan apa saya nak buat termasuklah kerja atau diri saya sendiri. - Foto Astro Gempak
MENURUT pelawak berusia 33 tahun itu, perubahan dirinya dahulu dan sekarang bergerak sendiri tanpa dirancang.
“Bila orang bercakap tentang saya dahulu dan sekarang, baru saya perasan dan tengok balik gambar-gambar lama saya.
“Ya Allah, hauknya! Saya pun tak sedar bila saya transform bila benda tu berlaku. Tapi bila orang dah nampak transformasi diri kita tu, maknanya kita dah ada peningkatan. Baik dari segi kerjaya mahupun diri,” katanya seperti yang dipetik menerusi temubualnya bersama Studio H.
Tambah Jihan, dia cuba menafikan dirinya mengalami perubahan drastik setiap kali ada individu yang bertanya tentang perubahan fizikalnya tetapi hanya mengikut arus semasa.
“Perubahan saya bukan drastik. Saya tidak pernah plan apa saya nak buat termasuklah kerja atau diri saya sendiri.
“Untuk kerja, saya belajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam industri ini termasuk rakan-rakan. Dari segi imej pula saya lebih banyak memerhati kawan-kawan.
“Lagipun zaman sekarang ni dah banyak bahan yang boleh kita dapat dari internet dan platform media sosial untuk dijadikan rujukan, dari situlah semuanya bermula dan perubahan itu datang sendiri,” katanya.
Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) sebelum menyertai Raja Lawak pada 2009.
Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.
Topic Berkaitan
#Jihan Musa
#Jihan Muse
#pelawak
#Raja Lawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan