JLo, Ben Affleck berkahwin sekali lagi

Astro Awani
Ogos 22, 2022 02:20 MYT
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan sekali dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. - Foto AP
PASANGAN selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja.
Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad.
Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Pasangan selebriti itu secara rasmi berkahwin di Las Vegas bulan lalu, dan berita itu dikongsikan Lopez menerusi majalah terbitannya, ‘On The J’.
BACA: JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck
Lopez, 53, dan Affleck, 50, mula berpacaran pada awal 2000.
Sepanjang bersama, pasangan ini membintangi dua filem.
Mereka kemudian umum bertunang namun hubungan itu terputus di tengah jalan.
Pasangan ini bagaimanapun kembali bersama tahun lalu.
Mereka kemudian buat penampilan bersama di Festival Filem Antarabangsa Venice.
#Jennifer Lopez #Ben Affleck #majlis perkahwinan #majlis tertutup