Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber menimbulkan kemarahan ribuan peminat Prince berikutan komen tidak sensitif yang ditinggalkan di laman Instagram berkenaan mendiang Prince.

Pada hari Khamis, ahli muzik, Andrew Watt mencatatkan satu penghormatan terakhir kepada mendiang Prince di akaun Instagramnya.

“Purple One merupakan lagenda penghibur yang terakhir yang dimiliki oleh industri hiburan,” tulis Andrew.

Kemudian akaun Instagram milik Bieber meninggalkan komen, "bukan lagenda penghibur yang terakhir,” di bawah kenyataan tersebut.

bieber
Kredit Gambar: Instagram Andrew Watt



Susulan itu, beribu-ribu peminat Prince mengecam komen Justin Bieber di Instagram dengan menyifatkan komen itu sebagai tidak sensitif.






Bagaimanapun, menurut laporan Billboard, Justin Bieber menafikan perbuatan itu dan berkata komen itu adalah palsu dan tidak ditinggalkan oleh Bieber.

Namun, peminat dilihat tidak mempercayai kenyataan itu malah meminta Justin untuk memberi ‘alasan’ yang lebih meyakinkan.


Setakat ini, tiada ada sebarang penjelasan daripada Justin Bieber.