Justin Timberlake disahkan bakal membuat persembahan pada Anugerah Grammy akan datang.
Timberlake dijangka menyanyikan lagu "Suit and Tie" single terbaru yang dilancarkannya dua minggu lalu.
"Suit and Tie" merupakan single pertama dari album ketiga Timberlake berjudul "20/20 Experience" yang akan dilancarkan pada Mac.
Kali terakhir peminat menyaksikan persembahannya adalah empat tahun lalu gandingan bersama penyanyi senior, Al Green.
Mereka membawakan lagu "Lets' Stay Together" bagi menggantikan persembahan Rihanna yang terpaksa dibatalkan beberapa jam sebelum acara berlangsung.
Selain Timberlake, pentas Grammy edisi ke-55 bakal dirancakkan dengan persembahan Miranda Lambert dan Dierks Bentley.
Mereka tercalon dalam kategori muzik country.
Turut tersenarai ialah Taylor Swift dan Carrie Underwood selain Mumford And Sons, The Black Keys dan Fun.
Elton John digandingkan dengan bintang baru Britain, Ed Sheeran.
Grammy ke-55 dihoskan LL Cool J.
Astro Awani
Fri Feb 01 2013
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Perwakilan Republikan dan Demokrat bersatu gagalkan usul singkir Trump
Resolusi yang dibawakan Perwakilan Demokrat Al Green dari Texas itu ditolak majoriti anggota Dewan Perwakilan dengan disepakati perwakilan dari parti Demokrat sendiri.
Justin Timberlake tampil persembahan di Grammy
Timberlake dijangka menyanyikan lagu "Suit and Tie" single terbaru yang dilancarkannya dua minggu lalu.