MESTI kome idok percaya, kan?
Kalau dulu le nak nengok penduduk kampung pisang kena nungu filem arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid ditayangkan di pawagam.
Namun kali ini tidak lagi.
Buat julung kalinya francais filem blockbuster nombor satu tanah air ke skrin televisyen menerusi jenama Astro Originals, bertajuk "Kampong Pisang Bersiri-Siri".
Menurut Mamat Khalid, siri ini memberikan satu cabaran baharu buat dirinya selaku seorang pengarah.
“Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baharu buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahkan drama bersiri, namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem.
"Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand," katanya.
Pada masa sama, beliau juga menyatakan bahawa adanya siri ini ibarat menjadikan mimpinya kenyataan untuk menggabungkan kisah-kisah mistik.
"Abang dah lama berangan nak buat cerita-cerita hantu dalam filem tapi nanti banyak pula filem yang abang kena buat.
"Jadi dengan adanya siri ini abang boleh gabungkan semua cerita dalam satu siri," tambahnya.
Masih mengekalkan elemen komedi, siri ini dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, dan Mat London.
Pada masa sama, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, dan Joey Daud juga akan membuat kemunculan khas dalam siri yang mempunyai 12 episod kesemuanya.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini, setiap Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Asyraf Roslan
Sun Nov 29 2020

Kampong Pisang Bersiri-Siri bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini, setiap Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

Tujuh peniaga diberi notis amaran harga peranti mencurigakan
Pemeriksaan dilakukan terhadap premis yang menjual barangan seperti komputer meja, komputer riba, tablet, mesin pencetak dan telefon bimbit.

Gesa Zahid Hamidi letak jawatan perbuatan tidak beradab petualang dalam parti - Ketua UMNO Jasin
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan sistem dan parti UMNO itu sendiri

UFC masih melobi pertarungan semula Khabib vs McGregor
Nama Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor memang tidak asing lagi buat peminat tegar sukan seni bela diri campuran (MMA).

AWANI Ringkas: COVID-19: Kedah bimbang peningkatan kadar kebolehjangkitan | PdPR: Jangan kecam warga pendidik

Permintaan tinggi | Tujuh peniaga diberi amaran harga peranti mencurigai
Tujuh pemilik premis menjual alat peranti dikenakan notis dan diminta memberi maklum balas selepas didapati menjual alatan elektronik dengan harga mencurigakan. Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, tindakan itu dikenakan ketika Ops Catut 8.0 berikutan maklumat awam berkaitan kenaikan harga barangan terbabit disebabkan permintaan tinggi di pasaran.

Biden, Putin bincang isu sensitif
Biden dan Vladimir Putin turut membincangkan kesediaan kedua-dua negara untuk meneruskan perjanjian pengurangan senjata strategik (START) Rusia-AS selama lima tahun.

1MDB: Goldman Sachs potong pampasan tahunan CEOnya sebanyak RM70 juta
Lembaga syarikat turut mengekalkan gaji Solomon untuk tahun ini.

COVID-19 | Hospital swasta mula terima pesakit COVID
Beberapa pusat perubatan swasta di Kedah sedia terima pesakit COVID-19 untuk menampung kepadatan jumlah pesakit yang dirawat di hospital kerajaan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, setakat ini jumlah pesakit yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sudah menjangkau 80 peratus.

COVID-19 | Kedah bimbang kadar kebolehjangkitan meningkat
Kerajaan negeri Kedah bimbang dengan kadar kebolehjangkitan harian yang menunjukkan trend peningkatan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar kebolehjangkitan virus COVID-19.

LPT2 | RM5 juta dibelanjakan baiki pagar rosak sejak 2016
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengesahkan pagar di sepanjang lebuh raya tersebut telah dirosakkan dan dicuri individu tidak bertanggungjawab. Ketua Komunikasi Korporat, Perhubungan Komuniti dan Awam Plus Malaysia Bhd (PLUS) LPT2 Sdn Bhd, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid bagaimanapun berkata.... ....pihak LPT 2 telah bertindak menggantikan pagar rosak kira-kira 177 kilometer (km) itu antara tahun 2016 hingga 2020. Inisiatif itu menelan belanja sebanyak RM5 juta.

Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula
Mesti ramai tak sabar nak tonton siri Kampung Pisang, kan?