awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
Trump tuduh Demokrat kaitkan fail Epstein, desak nama didedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC

Bernama
Bernama
26/12/2025
23:00 MYT
Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC
Tengku Hazman dilantik menjadi ketua jurulatih interim Terengganu FC menggantikan Badrul Afzan yang direhatkan serta merta susulan prestasi kurang memberangsangkan musim ini.
KUALA NERUS: Ketua jurulatih interim Terengganu FC (TFC) Tengku Hazman Raja Hassan bertekad untuk mengangkat semula prestasi pasukan itu dalam Liga Malaysia (Liga M) 2025/2026, yang masih berbaki kira-kira enam bulan.

Ringkasan AI
  • Tengku Hazman Raja Hassan bertekad mengangkat prestasi Terengganu FC dalam Liga Malaysia 2025/2026, yang hanya tinggal enam bulan lagi.
  • Sebagai ketua jurulatih interim, dia sedar tanggungjawab besar untuk pulihkan reputasi pasukan Penyu dan berazam berikan yang terbaik untuk mendapat kepercayaan penyokong.
  • Dilantik menggantikan Badrul Afzan Razali, Tengku Hazman berkomitmen pastikan TFC berjaya dan mohon sokongan penyokong untuk membina semula reputasi pasukan dalam liga.

Pengendali kelahiran Kelantan yang dilantik menggantikan Badrul Afzan Razali itu berkata beliau sedar tanggungjawab berat yang bakal digalas bagi memulihkan reputasi skuad Penyu.
Namun begitu, beliau yang juga bekas pemain tengah Terengganu pada 2010, berazam untuk memberikan yang terbaik bagi meraih semula kepercayaan penyokong terhadap pasukan TFC.
"Saya sedar ini satu tugas sangat besar... tetapi saya ambil tanggungjawab itu dengan penuh komitmen dan akan pastikan TFC mendapat keputusan yang positif.
"Kepada penyokong, saya mohon supaya terus memberikan sokongan agar kita dapat sama-sama membina semula reputasi TFC di persada liga," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Tengku Hazman yang berusia 48 tahun itu, dilantik menjadi ketua jurulatih interim pada Khamis bagi menggantikan Badrul Afzan yang direhatkan serta merta susulan prestasi kurang memberangsangkan musim ini.
Beliau bukanlah asing dalam sukan bola sepak Terengganu, terutama selepas membantu TFC II melakar sejarah muncul juara sulung Piala Cabaran 2018 selepas menundukkan UKM FC pada 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tengku hazman raja hassan
#Terengganu FC
#Liga Malaysia
#Badrul Afzan Razali direhatkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan