PENYANYI popular dari era 90-an, Ziana Zain akui terkesan dengan berita penderaan yang berleluasa di Malaysia termasuk yang terbaharu kes ibu kandung dera anaknya sendiri sehingga luka dan bernanah.
Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
“Ibu ni mana perasaan sayang pada anak dia yang dikendong dan lahirkan dari kecil sehingga sanggup buat begitu? Dalam hati dia ada apa ya?
“Allah pilih kita jadi ibu bapa sebab ada orang nak dapat anak pun susah. Kita yang ada ni syukur dan jagalah amanah Allah itu jangan disia-siakan.
“Di mana perasaan kasih sayang simpati terhadap anak ni? Adakah lahirkan anak itu kerana terpaksa? Kalau tak mahu bela bagilah pada orang lain,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Putus Terpaksa itu ditanya Gempak mengenai isu yang tular seorang ibu dan pasangannya yang didakwa mendera anak kandungan berusia 7 tahun hingga menyebabkan kesan luka yang teruk dan memilukan.
BACA: Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Sebagai wanita yang bekerja dan sibuk sebagai aktiviti seni, Ziana memberitahu dia bernasib baik meskipun tidak dapat memantau sepenuhnya anak-anaknya namun dibantu oleh orang-orang yang dipercayai.
“Tugas menjaga anak kecil ini perlu banyak kesabaran jadi orang-orang yang bekerja dalam bidang ini perlu faham skop kerja mereka.
“Jangan aniaya anak orang, fikirlah ke hadapan nanti jika kamu ada anak dan cucu tak mustahil boleh jadi pada mereka pula.
“Macam saya, syukur saya mempunyai support system yang bagus. Kalau ada orang gaji pun saya akan bawa dia bersama dipantau oleh mak dan abah di rumah mereka.
“Alhamdulillah saya dapat pembantu yang baik dan sayang anak-anak. Benda ni nasib juga yang penting kita dah lakukan yang terbaik,” kongsinya lagi.
Ziana Zain bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Penyanyi itu dengan bekas suami mempunyai empat orang anak iaitu, Amar, Aiman, Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh. -Gempak
Gempak
Wed Aug 16 2023
Ziana (tengah) bersama empat anaknya iaitu Amar, Aiman, Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh. -Gempak
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang
Ziana anggap peluang yang diperoleh pada usia 55 tahun sebagai satu penghormatan.
Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih Kita, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.
'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak
Menurut Ziana, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan, sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.
Ziana tidak fikir jodoh baharu
Lantaran sibuk dengan kerjaya seni, Ziana tidak sempat memikirkan soal mencari pasangan hidup.
"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.
"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.
'Macam tu je dia tarik' - Netizen terpesona dengar suara Ziana Zain nyanyi di kedai makan
Sementara itu, kalangan netizen memuji suara Ziana yang dianggap masih berbisa meskipun sudah meningkat usia.