PENYANYI Liza Hanim akui virus COVID-19 yang sudah menyerang dirinya sebanyak tiga kali secara tidak langsung telah memberi kesan berbeza kepada kualiti suaranya.
Kata Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abdul Halim, 44, dia kini perlu membuat latihan dan senaman untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat jangkitan virus berkenaan.
“Saya akui kali ketiga terkena COVID-19 pada Syawal lalu memang agak teruk. Dua hari saya terlantar di rumah namun masih bersyukur kerana tidak sampai tahap perlu mendapat rawatan di hospital.
“Perbezaan pada suara pula saya boleh kata kesan itu lebih kepada pernafasan dan stamina saya. Saya cepat penat.
“Jadi untuk atasinya itu saya perlulah bersenanm yang berpadan dengan usia saya juga.
“Saya masih boleh menyanyi Cuma tak dinafikan struggle tu ada dan bez aitu ada. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana tiada apa atau sesiapa untumk saya buktikan sekarang.
“Saya akan menyanyi mengikut kemampuan serta sesuai dengan usia saya kini,” katanya kepada Astro Gempak.
Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu ditemui Gempak selepas Sidang Media Konsert P. Ramlee - Signature A Mninor 7 yang menampilkan dirinya serta Sean Ghazi sebagai penyanyi utama.
Apabila ditanya tidakkah Liza bimbang akan perubahan suara atau penyampaian nyanyiannya kini, ibu kepada lima orang cahaya mata itu reda dan berserah kepada Maha Esa.
“Nak kata risau tu…apa saya boleh kata saya terima. Kerana pertama tahun ini pun usia saya bakal cecah 44 tahun dan apa-apa pun usia saya akan meningkat. Jadi perubah itu tetap akan berlaku.
“Saya tak boleh risau dengan perkara yang normal. Kulit pun makin lama akan berkedut tapi saya tetap bersyukur kerana masih lagi boleh menyanyi.
“Kalau dah tiba masa saya tak boleh menyanyi saya kena terimalah. Selagi dapat keizinannya saya teruskan sahaja,” ujarnya.
Mengulas mengenai Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7, Liza memberitahu dia sangat teruja apabila diberi peluang untuk menjadi sebahagian projek itu.
“Nama P. Ramlee sangat dekat dengan diri saya memang dari kecil lagu-lagunya menjadi kesukaan saya serta paling penting saya banyak belajar menyanyi dari lagu-lagu serta karyanya.
“Jadi apabila diberi pelaung ini saya sangat terharu dan teruja untuk melakukannya sebagai salah satu juga penghargaan saya buat seniman agung ini,” kongsinya lagi. - Gempak
Gempak
Sat Jun 10 2023
Dia kini perlu membuat latihan dan senaman untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat jangkitan virus berkenaan. - Gempak
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
Dua dekad dalam industri, Liza Hanim umum konsert solo pertama tahun hadapan
Menurut pelantun Tragedi Tenda Biru ini, beliau sudah lama mahu mengumumkan mengenai perkara tersebut (konsert) yang akan membawa perjalanannya selama 27 tahun dalam industri seni suara.
All Stars GV: Zamani tersingkir, Liza Hanim kekal juara mingguan
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.
Ashira terkejut, menggigil dengar berita Bad Indigo meninggal dunia
Ashira ketika dihubungi Gempak berkata, dia menerima perkhabaran tersebut daripada kenalan media.
All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.
Siti Nurhaliza pertahan Liza Hanim, bidas netizen kritik fizikal sahabatnya
Siti Nurhaliza kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohan.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
'Seolah-olah ada pakatan nak jatuhkan saya' - Liza Hanim
Alamak siapa pula nak jatuhkan Liza Hanim?
Kali ketiga diserang COVID-19, Liza Hanim reda suara terkesan
Dia kini perlu membuat latihan dan senaman untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat jangkitan virus berkenaan.
Teguran terbuka Liza Hanim: "Jagalah kehormatan kita sebagai wanita''
Teguran terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.