SUSULAN isu Datuk Aaron Aziz yang didakwa namanya digugurkan dalam filem terbaharu arahan Syamsul Yusof, "The Original Gangster" (TOG), pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respons berikutan namanya turut dipetik oleh pengarah tersebut, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter dan Instagram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan.


Sharnaaz berkata demikian ketika memberi jawapan balas kepada netizen yang memintanya agar menarik diri daripada projek filem tersebut.


“Sharnaaz, Beto tarik daripada projek Sol (Syamsul) bod* tu please!” tulis netizen terbabit.

Sharnaaz kemudian menjawab, “Tidak, kerana kami profesional. Kami tidak akan tarik diri sehingga projek ini selesai. Personal is personal.”

As a director, you have my full support and respect, without a doubt. YANG TAHU JE TAHU.

“Yang banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda, take note,” tulis Sharnaaz.


Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden itu juga meminta semua pihak agar menghormati bulan Ramadan dan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan di bulan mulia ini.

“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa yang syaitan sebenarnya,” tulisnya lagi.


Terdahulu, Syamsul menerusi sesi sidang media menjelaskan punca Aaron digugurkan adalah disebabkan masalah kesihatan yang dialami aktor tersebut selain beberapa sebab lain.

Syamsul turut menyatakan keputusan tersebut bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain terlibat.

Dalam kenyataan itu juga, Syamsul turut menyebut nama Sharnaaz dan Beto Kusyairy. -Media Hiburan