PENANGAN selepas viral, penyokong skuad negara Harimau Malaya, Derrick Gan akui terima mesej berbaur negatif menerusi DM (direct message) akaun Instagram miliknya.     

“Saya banyak dapat mesej di DM Instagram sekarang, ada yang positif dan ada juga yang negatif.

“Yang negatif itu, saya pernah dapat mesej yang cakap, 'kau tak layak dapat hadiah ini semua'.

“Ada juga yang tuduh saya menjual motosikal hanya semata-mata untuk dapatkan motosikal baru sahaja.

“Tetapi saya pun tidak menjangka untuk viral dan mendapat perhatian ramai seperti ini.

“Apa-apa pun sekarang saya dah faham. Orang yang viral memang akan di-attack dan akan ada juga yang backup,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

Walaupun bermacam komen mesej yang diterima, Derrick, 30 tahun, turut mengatakan bahawa dia bakal menerima segala komen ini dengan hati terbuka.

Sebelum ini, Derrick tular setelah menjual motosikal kesayangannya semata-mata demi menambah wang poket untuk terbang ke Qatar bagi menyaksikan perlawanan skuad negara menentang Korea Selatan.