ENTERTAINMENT

Kejayaan Pia Alonzo rangkul Miss Universe 2015 dirai warga media sosial Filipina

Nizam Bakeri 22/12/2015 | 00:53 MYT
Kejayaan Pia Alonzo sebagai Miss Universe 2015 diraikan dengan meriah oleh rakyat Filipina di media sosial, terutamanya Twitter.
Di sebalik insiden kesilapan pengumuman pemenang Miss Universe 2015 yang menggamatkan media sosial, kejayaan wakil Filipina Pia Alonzo tetap diraikan dengan meriah oleh rakyat Filipina terutamanya di Twitter.
BACA: Miss Universe 2015 bukan acara pertama salah umum pemenang
BACA: Ratu cantik Slovenia yang lumpuh bawa inspirasi baru di pentas Miss Universe
Mereka telah memberi kata-kata semangat kepada anak kelahiran Cagayan de Oro itu lebih-lebih lagi apabila Alonzo tersenarai sebagai tiga calon teratas merebut gelaran tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini tanda saya menyokong Miss Universe yang seterusnya! Pia Wurtzbach Alonso, 26, Filipina!"
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di manakah parti keraian selepas kemenangan Pia Wurtzbach Alonso nanti?"
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ayuh Pia Alonzo. Kibarkan bendera bangsa Filipina yang megah!"
Pelbagai respons diberikan ketika Pia Alonzo diumumkan di tempat kedua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kenapa Pia Alonzo mendapat tempat kedua? Wurtzbach yang jelita pulang ke rumah dengan nasib yang tidak menyebelahinya."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Wanita Filipina sememangnya cantik! Hidup Alonzo! Maksud saya, Pia Alonzo Wurtzbach, naib juara Miss Universe! Saya sayang kamu!"
Selepas hos mengakui kesilapan dan mengumumkan Alonzo sebagai pemenang, warga media sosial Filipina meraikan kejayaan tersebut dengan meriah. Tidak kurang juga yang menyelar kesilapan Harvey.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini satu kejadian epik. Apapun tahniah Pia Alonzo Wurtzbach Miss Universe 2015. Kesilapan pengacara yang sangat besar."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Miss Universe 2015 ialah Miss Philippines!! Ini epik (walaupun hos bodoh) Haha! Tahniah Pia Wurtzbach Alonso."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Walaupun hos membuat beberapa kesilapan yang mengecewakan, namun sekurang-kurangnya dibetulkan. Tahniah Pia Alonzo Wurtzbach."
Kejayaan ini bertambah manis kepada Filipina selepas kali terakhir memenangi gelaran ini 42 tahun lalu apabila gadis kelahiran Manila, Margarita Moran diumumkan sebagai pemenang pada tahun 1973.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tahniah Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach. Selepas 42 tahun, mahkota ini kembali ditawan Filipina."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tahniah!! Miss Universe Pia Alonzo Wurtzbach. Selepas 42 tahun, Filipina bertemu semula dengan mahkota itu."
#Filipina #Miss Universe 2015 #Pia Alonzo